mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Wakalah Zakat: Impaknya Kepada Pembayar Zakat Dan Institusi Zakat di Kedah (S/O 14723)

Abdul Rahman, Nora Azureen and Abu Bakar, Juhaida and Mokhtar, Ali Badron (2023) Wakalah Zakat: Impaknya Kepada Pembayar Zakat Dan Institusi Zakat di Kedah (S/O 14723). Project Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 14723.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Konsep Wakalah zakat merupakan dasar pengembalian wang zakat oleh institusi zakat kepada entiti seperti individu, syarikat, majikan dan institusi pengajian tinggi untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak. Sistem ini dilihat sebagai satu kaedah menang-menang diantara pembayar zakat dan institusi zakat yang mana boleh meningkatkan tahap kepuasan hati dan kepercayaan pembayar zakat dan seterusnya meningkatkan kutipan dan agihan zakat oleh institusi zakat. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat faktor-faktor yang mempengaruhi gelagat kepatuhan untuk membayar zakat oleh pembayar zakat. Skop kajian ini tertumpu kepada pembayar zakat di negeri Kedah sahaja. Kajian ini menumpukan kepada tiga factor utama di bawah Teori Gelagat Terancang iaitu pengetahuan dan kesedaran (tentang Wakalah zakat) dan juga tanggapan kredibiliti. Pengutipan data dilakukan melalui pengedaran boring soal selidik secara rambang (random) kepada umat Islam di seluruh negeri Kedah. Hasil pembersihan data, 176 borang soal selidik layak untuk dianalisa. Hasil analisis yang dijalankan, didapati majoriti responden mempunyai pengetahuan tentang Wakalah zakat. Responden juga mempunyai kesedaran tentang kaedah Wakalah Zakat yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) serta mempunyai tanggapan kredibiliti korporat yang tinggi terhadap LZNK. Hasil ujian regressi pula menunjukkan hubungan yang signifikan di antara tanggapan kredibiliti korporat dengan gelagat kepatuhan membayar zakat, sementara pengetahuan dan kesedaran tidak signifikan di dalam mempengaruhi gelagat kepatuhan membayar oleh pembayar zakat di dalam kajian ini. Seterusnya, kajian ini mengusulkan model pengurusan sistem Wakalah zakat kepada LZNK bagi menambahbaik sistem sedia ada yang digunakannya.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN AGENSI LUAR (DLM NEGARA) - AWAM
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 17 Mar 2024 03:06
Last Modified: 17 Mar 2024 03:06
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30590

Actions (login required)

View Item View Item