mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan Indeks Al Dharuriyat Al Khams Dalam Kalangan Asnaf Fakir Dan Miskin di Negeri Kedah (S/O 14718)

Abu Bakar, Md Zawawi and Ibrahim, Ahmad Zubir and Abu Bakar, Muhammad Syafiq (2023) Pembentukan Indeks Al Dharuriyat Al Khams Dalam Kalangan Asnaf Fakir Dan Miskin di Negeri Kedah (S/O 14718). Project Report. UUM. (Unpublished)

[thumbnail of 14718.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini menjelaskan proses pembangunan Indeks Dharuriyyah Al Khams berpandukan kepada kajian-kajian terdahulu yang telah diubahsuai mengikut keadaan semasa. Dalam membangunkan Indeks Dharuriyyah Al Khams, pembinaan item-item yang tepat berdasarkan kepada lima domain utama dan 92 item dalam pembentukan indeks yang diukur dengan menggunakan 1 hingga 7 markat. Item tersebut telah mendapat kesahan (validity) oleh tiga pakar bidang yang telah dilantik bagi menilai item-item tersebut dan ujian kebolehpercayaan (realibility) telah dilakukan bagi menilai item-item indeks dan hasil rintis menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan menunjukkan skor min Indeks Al Dharuriyat Al Khams yang dicatatkan secara keseluruhan adalah 6.16 yang bermakna majority responden bersetuju dengan setiap pembolehubah sebagai pengukuran oleh institusi zakat dalam membantu pembinaan sahsiah asnaf bagi memenuhi tuntutan maqasid syariah. Daripada lima indikator yang telah dikenal pasti, didapati indikator Menjaga Keturunan mencatatkan skor min tertinggi iaitu 6.51. Ini diikuti oleh skor min indikator Pelihara Agama (6.46), Pelihara Nyawa/Tubuh (6.07), Pelihara Akal (6.01) dan skor min Menjaga Harta (5.88). Oleh itu, dengan adanya pembangunan indeks had kifayah (dharuriyat) yang dibentuk ini dapat membantu pihak Pusat Zakat menilai sebarang dasar yang boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan taraf kualiti hidup golongan ini secara holistik.

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN AGENSI LUAR (DLM NEGARA) - AWAM
Uncontrolled Keywords: Indeks, Dharuriyyah Al-Khams, Asnaf Fakir Miskin, Maqasid Syariah
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 17 Mar 2024 03:09
Last Modified: 17 Mar 2024 03:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30592

Actions (login required)

View Item View Item