Ishak, Rokiah and Lode, Nor Asma Lode and Khairudin, Norhaiza (2022) Mereka Cipta Aplikasi Saringan untuk Pemilihan Asnaf Zakat dalam Kalangan Staf Universiti Utara Malaysia (UUM). In: 7th International Case Study Conference, 13 - 15 September 2022, Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu, Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) |
Abstract
Menyedari wujudnya adanya golongan asnaf yang berada di Universiti Utara Malaysia, kajian ini bertujuan untuk mereka cipta satu aplikasi mudah yang boleh membantu asnaf UUM untuk menyemak status kelayakan mereka sebagai golongan yang layak memohon bantuan zakat. Sampel penyelidikan ini adalah golongan staf UUM yang bertindak sebagai ketua isi rumah atau ahli isi rumah. Dengan menggunakan maklumat yang terdapat di dalam borang permohonan bantuan zakat staf, satu aplikasi telah dibangunkan menggunakan format Microsoft Excel. Berdasarkan penggunaan aplikasi yang telah dihasilkan untuk mendapatkan status layak bagi pemohon yang mempunyai pendapatan isirumah maksimum RM4,000 seperti yang telah ditetapkan oleh pihak UUM, pemohon mesti mempunyai bilangan tanggungan sekurang-kurangnya empat orang termasuk isteri/suami serta mendiami rumah sewa. Pemohon juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sekiranya tiada anak yang belajar di IPT bilangan tangungan pemohon perlulah sekurang-kurangnya lima orang. Selain UUM, aplikasi ini juga boleh digunakan oleh organisasi lain untuk menyaring golongan yang layak menerima zakat bagi membolehkan penyaluran bantuan kepada golongan sasar dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan di samping mengurangkan ketirisan dari segi pengagihan bantuan kepada golongan terbabit.
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Aplikasi, Zakat, Asnaf, Staf UUM |
| Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
| Divisions: | Institute for Management and Business Research (IMBRe) |
| Depositing User: | Mrs Nurin Jazlina Hamid |
| Date Deposited: | 02 Apr 2024 11:23 |
| Last Modified: | 02 Apr 2024 11:23 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30694 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
