mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan Sisa dan Teknologi Hijau: Cabaran di dalam Sektor Pembinaan di Malaysia

Mohd Nawi, Mohd Nasrun and Osman, Najihah and Osman, Wan Nadzri and Harun, Aizul Nahar and Ahmad, Md Fauzi (2022) Pengurusan Sisa dan Teknologi Hijau: Cabaran di dalam Sektor Pembinaan di Malaysia. In: 7th International Case Study Conference, 13 - 15 September 2022, Raia Hotel & Convention Centre, Terengganu, Malaysia.

[thumbnail of 7th ICSC 2022 352-363.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (483kB)

Abstract

Pembangunan industri pembinaan kini, memerlukan kecekapan, produktif, kos yang kompetitif dan juga mesra alam. Justeru itu, pihak kerajaan menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan kerjasama pihak-pihak berkepentingan dalam industri pembinaan telah melaksanakan beberapa strategi diantaranya adalah pembangunan Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020. Salah satu teras utama CITP adalah menerusi kelestarian alam sekitar bagi mencapai pembinaan yang lestari. Bagi merealisasikan impian ini, setiap pihak dalam industri pembinaan perlulah sedar dan memahami konsep pengurusan sisa, pemulihan sumber dan teknologi hijau untuk mencapai kelestarian dalam industri pembinaan. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti amalan pengurusan sisa binaan dan teknologi hijau ke atas kelestarian projek binaan di Malaysia serta cabaran dalam perlaksanaannya. Populasi kajian terdiri daripada pihak-pihak berkepentingan (pemaju, kontraktor, perunding dan pelanggan) dalam projek-projek pembinaan di sekitar Malaysia. Maklumat berkaitan pihak berkepentingan tersebut diperoleh daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Arkitek Malaysia, Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) dan Lembaga Jurutera Malaysia. Borang soal selidik telah diedarkan melalui pos, e-mel dan secara terus semasa melawat beberapa syarikat responden. Kajian ini telah mendapat maklum balas sebanyak 101 responden daripada pemaju, kontraktor, perunding dan pelanggan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan sisa dan teknologi hijau mempengaruhi kejayaan sesuatu projek. Akhirnya, hasil daripada kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri pembinaan bagi meningkatkan tahap pengurusan sisa dan teknologi hijau.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pengurusan Sisa, Teknologi Hijau, Indusri Pembinaan, Kelestarian
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Institute for Management and Business Research (IMBRe)
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 02 Apr 2024 12:54
Last Modified: 02 Apr 2024 12:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30700

Actions (login required)

View Item View Item