Md Yusof, Zahayu and Othman, Abdul Rahman and Syed Yahaya, Sharipah Soaad (2007) Statistik Terpangkas Ft Menggunakan Kriteria Pemangkasan Berdasarkan Penganggar Skala Teguh MAD. Menemui Matematik (Discovering Mathematics), 29 (1). pp. 21-28. ISSN 2231-7023
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution-NonCommercial 2.0 Generic (CC BY-NC 2.0). Download (107kB) | Preview |
Abstract
Ketaknormalan data dan ketakhomogenan varians merupakan masalah yang sering dihadapi semasa pengujian hipotesis dijalankan. Kewujudan masalah ini akan memberi kesan terhadap ralat Jenis I. Salah satu cara bagi menangani kedua-dua masalah tersebut adalah dengan menggunakan kaedah teguh. Dalam kajian ini, kami telah mengubahsuai statistik Ft yang diperkenalkan oleh Lee dan Fung (1985) menggunakan min terpangkas. Min terpangkas ini bergantung kepada suatu kriteria pemangkasan (trimming criterion) yang dapat memangkas nilai-nilai ekstrim tanpa memerlukan penentuan awal (priori) peratus pemangkasan. Oleh yang demikian, penggunaan kriteria baru ini dapat mengelakkan pemangkasan yang tidak perlu. Kriteria pemangkasan yang diperkenalkan dalam kajian ini menggunakan penganggar skala teguh MADn. Kertas ini akan membincangkan secara terperinci tentang statistik Ft yang telah diubahsuai dan diilustrasikan dengan satu contoh
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Subjects: | Q Science > QA Mathematics |
| Divisions: | School of Quantitative Sciences |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 04 Jul 2024 01:28 |
| Last Modified: | 04 Jul 2024 01:28 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30954 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
