mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keberkesanan Penerapan Kemahiran Insaniah Melalui Aktiviti Kokurikulum Berkredit di Kalangan Mahasiswa

Mohd Shaharanee, Izwan Nizal and Mohd Jamil, Jastini and Abdullah, Hussin and Taib, Azlizan (2021) Keberkesanan Penerapan Kemahiran Insaniah Melalui Aktiviti Kokurikulum Berkredit di Kalangan Mahasiswa. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 6 (44). pp. 30-37. ISSN 0128-164X

[thumbnail of IJEPC 06 44 2021 30-37.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (473kB) | Preview

Abstract

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Hasrat ini tidak akan berjaya jika penekanan hanya diberikan kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Oleh itu, aktiviti kokurikulum perlu di terapkan kepada pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam usaha memupuk kemahiran insaniah (KI). Terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum yang telah dilaksanakan di universiti sebagai usaha untuk memberikan kemahiran insaniah yang berguna kepada pelajar. Namun masih menjadi persoalan, bagaimanakah setiap kemahiran ini dilaksanakan dan bagaimana pula penerimaan dan pemahaman pelajar terhadap kemahiran insaniah yang diterapkan. Justeru, kajian ini telah dilaksanakan bagi mengenalpasti beberapa perkara antaranya ialah untuk mengenalpasti keberkesanan KI pelajar setelah tamat mengikuti aktiviti kokurikulum. Soal selidik yang melibatkan seramai 669 pelajar telah di analisa. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan penerapan kemahiran insaniah dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi, dengan nilai purata 5 (Skala Likert 1-7). Namun beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan penerapan kemahiran insaniah kepada pelajar. Tenaga pengajar/jurulatih kokurikulum perlu menjalani latihan untuk mengintegrasikan kemahiran insaniah dalam kursus kokurikulum. Penyediaan garis panduan yang baik adalah penting untuk membantu tenaga pengajar/jurulatih membangunkan aktiviti kokurikuum yang bersesuaian dalam proses penyampaian mahupun penilaian. Tenaga pengajar/jurulatih perlu menjelaskan kepada pelajar apakah kemahiran insaniah yang mereka boleh perolehi bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan. Sebagai tambahan, dalam usaha pelajar memperolehi kemahiran insaniah yang diingini, para pelajar perlu membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari dan di laksanakan sepanjang aktiviti kokurikulum dilksanakan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kemahiran Insaniah, Kurikulum Berkredit, Bakat Pelajar
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Quantitative Sciences
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 04 Jul 2024 01:48
Last Modified: 04 Jul 2024 01:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30961

Actions (login required)

View Item View Item