mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

e-Bisnes, Pemangkin Penyertaan Kaum Wanita dalam Keusahawanan Luar Bandar

Talib, Azlizan and Yusoff, Mohd Nazaruddin and Md Zan, Zainal and Ngah, Kamarudin (2017) e-Bisnes, Pemangkin Penyertaan Kaum Wanita dalam Keusahawanan Luar Bandar. Journal of Advanced Research in Business and Management Studies, 9 (1). pp. 54-66. ISSN 2462-1935

[thumbnail of JARBMS 09 01 2017 54-66.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution-NonCommercial 2.0 Generic (CC BY-NC 2.0).

Download (322kB) | Preview

Abstract

Perbincangan utama dalam kajian ini adalah untuk meninjau persepsi terhadap penyertaan kaum wanita dalam bidang e-bisnes. Bidang ini telah menjadi satu fenomena yang mendapat perhatian ramai khususnya kaum wanita dan berpotensi menyediakan peluang-peluang ekonomi yang dapat menjana pendapatan lumayan. Walau bagaimanapun, kadar penyertaan kaum wanita dalam pembangunan ekonomi masih lemah dan tidak setanding dengan golongan lelaki. Permasalahan ini dikaitkan dengan isu gender yang sukar dihakis daripada pemikiran masyarakat. Kaum wanita juga dilihat kurang berminat dalam bidang keusahawanan konvensional kerana ianya memberi risiko dan komitmen yang tinggi kepada mereka. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, kebanyakan daripada kaum wanita mula memberi reaksi positif dalam e-bisnes. Antara objektif kajian yang dibentuk ialah mengenal pasti tahap pemahaman, prospek serta isu dan cabaran ebisnes dan mengenal pasti implikasi bidang e-bisnes dalam mempengaruhi cara hidup masyarakat. Bagi memenuhi keperluan objektif yang telah ditetapkan, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu borang soal selidik untuk mengumpul data daripada 100 orang kaum wanita luar bandar. Hasil kajian menunjukkan e-bisnes memberi implikasi positif dalam mempengaruhi cara hidup masyarakat iaitu menjimatkan masa pengguna dan turut memberi implikasi negatif dengan mengurangkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat. Justeru, bidang e-bisnes perlu sentiasa diberi perhatian dan dikembangkan supaya dapat membantu untuk meningkatkan penyertaan kaum wanita luar bandar dalam pembangunan ekonomi

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: e-business, kaum wanita, pembangunan ekonomi e-business, women, economic development
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Government
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 04 Jul 2024 02:02
Last Modified: 04 Jul 2024 02:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30965

Actions (login required)

View Item View Item