mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan Luar Bandar melalui Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Talib, Azlizan and Yusoff, Mohd Nazaruddin and Md Zan, Zainal (2017) Pembangunan Luar Bandar melalui Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Kajian di Daerah Kubang Pasu, Kedah. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 9 (3). pp. 36-49. ISSN 2462-1951

[thumbnail of JARSBS 09 03 2017 36-49.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution-NonCommercial 2.0 Generic (CC BY-NC 2.0).

Download (283kB) | Preview

Abstract

Kajian ini memberi fokus utama dalam meneroka tahap pengetahuan bidang ICT di kawasan luar bandar di dua kawasan kajian iaitu Kampung Tradisi Lembah Keriang dan Perkampungan Felda Bukit Tangga, Changlun, Kedah. Kajian ini dijalankan ke atas 200 orang responden dimana agihan seimbang dilakukan yang melibatkan perbandingan di antara dua kawasan tersebut. Kajian ini secara keseluruhannya akan membincangkan tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT. Kajian ini telah memberi gambaran yang jelas tentang tahap penyertaan masyarakat luar bandar dalam bidang ICT melibatkan skop ekonomi, pendidikan dan sosial. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti tahap penyertaan masyarakat dalam bidang ICT, mengenalpasti kaedah pengurusan ICT yang diamalkan, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan penduduk dalam bidang ICT dan mengenalpasti kaedah yang perlu digunakan untuk meningkatkan tahap pengetahuan ICT di kalangan penduduk kampung. Instrumen kajian melibatkan penggunaan borang soal-selidik dan temu bual bagi mendapatkan gambaran menyeluruh tentang penguasaan bidang ICT di kalangan penduduk. Secara keseluruhannya, penemuan kajian menghuraikan beberapa faktor yang mempengaruhi dan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh penduduk dalam bidang ICT. Oleh itu, peranan dan tanggungjawab semua pihak amat diperlukan bagi mengatasi masalah ini ke arah mewujudkan pembangunan yang lestari terhadap penggunaan kemudahan ICT di kawasan luar bandar

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teknologi maklumat, pembangunan luar bandar, Kubang Pasu, Kedah
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: School of Government
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 04 Jul 2024 02:05
Last Modified: 04 Jul 2024 02:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/30967

Actions (login required)

View Item View Item