mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Muallaf: Permasalahan dan Cadangan Penyelesaian

Ahmad Zaluki, Nurwati Ashikkin and Abdul-Rahman, Azizan (2020) Muallaf: Permasalahan dan Cadangan Penyelesaian. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 2 (1). pp. 229-236. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 02 01 2020 229-236.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (294kB) | Request a copy

Abstract

Golongan muallaf adalah termasuk dalam pembahagian lapan asnaf yang berhak untuk menerima pengagihan bantuan zakat. Artikel ini mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh muallaf dan memberi cadangan penyelesaian tentang projek pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) terhadap golongan ini dengan menggunakan agihan wang zakat. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Instrumen kajian yang digunakan adalah analisis dokumen dan temu bual dengan Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf, LZNK. Kajian ini mendapati terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh muallaf. Antaranya adalah terpaksa menyembunyikan keislaman kerana takut diperas ugut dan dibuang keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sebangsa dan seagama asal, kehidupan yang miskin, kekeliruan dalam mengamalkan ajaran Islam disebabkan asatizah berlainan pendapat dan fahaman, kekurangan program-program dakwah kepada muallaf serta kekurangan bahan rujukan. Bagi menangani masalah yang dihadapi oleh muallaf, kajian ini mencadangkan agar LZNK dapat menubuhkan sebuah institut sebagai sebuah pusat yang menyelenggara fasiliti untuk golongan muallaf mendapatkan perlindungan, pendidikan di samping menerima peruntukan bantuan kewangan. Cadangan penubuhan sebuah institut adalah sangat diperlukan bagi tujuan pembangunan muallaf

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Masalah, Muallaf, Zakat, Pembangunan
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Business
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 15 Jul 2024 09:30
Last Modified: 15 Jul 2024 09:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31062

Actions (login required)

View Item View Item