Mohd Ali @ Ramli, Azlin Namili and A. Rahman, Aspalella and Yaacob, Nurli (2016) Hak Bersuara dan Perundangan Pemberi Maklumat di Malaysia, Amerika Syarikat dan United Kingdom. In: Seminar on Law & Society(SOLAS2016), 12 June 2016, School of Law, UUM, Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (109kB) | Request a copy |
Abstract
Vienna World Conference on Human Rights pada tahun 1993 telah menyatakan ianya adalah tugas kerajaan untuk mempromosikan dan melindungi semua hak asasi manusia dan kebebasan asasi, tanpa mengambil kira sistem politik, ekonomi atau kebudayaan. Hak untuk bersuara adalah satu dari hak asasi yang penting. Dengan berlakunya rasuah yang berleluasa di merata dunia, maka undang-undang yang memberi perlindungan kepada sesiapa yang memberi atau mendedahkan maklumat berkaitan salah laku yang berlaku dalam sesebuah organisasi adalah perlu. Dengan menggunakan kaedah kajian undang-undang, artikel ini mengupas hak bersuara dan undang-undang pemberi maklumat di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Malaysia. Dapatan kajian merumuskan bahawa walaupun perlindungan kepada pemberi maklumat adalah satu hak bersuara yang penting tetapi terdapat banyak prosedur yang perlu dipatuhi atau terdapat sekatan yang dikenakan kepada pemberi maklumat yang mungkin akan menjadikan undang-undang pemberi maklumat tidak begitu efektif. Di Amerika Syarikat, undangundang pemberi maklumat terdapat dalam banyak peruntukan akta-akta yang berlainan. United Kingdom pula hanya melindungi pemberian maklumat dalam keadaan tertentu sahaja seperti pendedahan berkaitan kesalahan jenayah, pendedahan berkaitan pencemaran alam sekitar dan sebagainya. Akta Perlindungan Maklumat 2010 di Malaysia pula telah menyekat pendedahan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan 1972 dan beberapa akta-akta yang lain. Ringkasnya, banyak lagi yang perlu ditambah baik dengan undang-undang pemberi maklumat yang sedia ada di tiga-tiga negara tersebut
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Additional Information: | ISBN: 9789670910239 |
| Uncontrolled Keywords: | Hak asasi; perlindungan pemberi maklumat; sekatan perlindungan pemberimaklumat |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | School of Law |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 29 Jul 2024 09:11 |
| Last Modified: | 29 Jul 2024 09:11 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31162 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
