Husaini, Husnawati and Abdullah, Mohd Hafizuddin Syah Bangan and Yakob, Rubayah and Redzuan, Hendon (2024) Persepsi Risiko dan Tingkah Laku Pengguna Terhadap Pembelian Secara Dalam Talian di Lembah Klang (Risk Perception And Consumer Behavior Towards Online Purchases in the Klang Valley). International Journal of Management Studies (IJMS), 31 (2). pp. 679-710. ISSN 2180-2467
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (826kB) | Preview |
Abstract
Peningkatan pembelian secara dalam talian merupakan salah satu kesan daripada penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Walaupun ia memudahkan urusan kehidupan harian, namun ramai yang beranggapan bahawa pembelian secara dalam talian merupakan suatu aktiviti yang berisiko. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat hubungan antara persepsi risiko dengan tingkah laku pengguna terhadap pembelian secara dalam talian. Responden kajian ini seramai 392 orang dan kesemua responden telah menjawab soal selidik secara dalam talian. Namun, hanya 373 borang soal selidik yang lengkap diterima dan boleh digunakan. Data daripada soal selidik ini dianalisis menggunakan kaedah analisis regresi berganda. Hasil analisis mendapati bahawa risiko kewangan mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan tingkah laku pengguna terhadap pembelian secara dalam talian di Lembah Klang. Risiko produk dan risiko penghantaran pula mempunyai hubungan positif, manakala risiko masa tidak signifikan. Hasil kajian memberikan input kepada syarikat e-dagang dan penjual dalam talian untuk menambah baik perkhidmatan mereka. Ia juga dapat membantu untuk mengenal pasti risiko yang mungkin menjadi ancaman kepada perniagaan mereka dan mengambil tindakan mitigasi bagi mengurangkan kemungkinan dan impak, sekiranya risiko yang dikenal pasti itu berlaku
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Pembelian dalam talian, persepsi risiko, risiko kewangan, risiko produk, e-dagang |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
| Divisions: | UUM Press |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 11 Aug 2024 04:12 |
| Last Modified: | 11 Aug 2024 04:12 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31221 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions