Halim, Mat Hashim and Tang, Chor Foon (2024) Kesan Penyederhana Sikap Usahawan Terhadap Hubungan Antara Pembiayaan Mikro Dan Prestasi Perusahaan Mikro Bumiputera. International Journal of Management Studies (IJMS), 31 (2). pp. 711-746. ISSN 2180-2467
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (951kB) | Preview |
Abstract
Pembiayaan kewangan dan sikap usahawan dilihat memainkan peranan penting dalam membantu pertumbuhan perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (PKS). Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh manakah perkara ini memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas prestasi PKS. Tumpuan kajian diberikan kepada perusahaan bersaiz mikro Bumiputera di Pulau Pinang. Sejumlah 350 orang usahawan mikro Bumiputera di Pulau Pinang yang menerima pembiayaan kewangan mikro daripada pelbagai agensi dan institusi kewangan telah dipilih sebagai sampel kajian melalui kaedah pensampelan bola salji. Kaedah regresi berbilang digunakan bagi menerangkan pengaruh faktor pembiayaan dan sikap usahawan ke atas prestasi usahawan mikro Bumiputera di Pulau Pinang. Dapatan kajian mendapati pembiayaan mikro dan sikap usahawan memberikan pengaruh secara langsung yang signifikan positif ke atas prestasi perusahaan mikro Bumiputera. Hasil kajian dapat memberikan sumbangan kepada institusi kewangan dalam menilai keberkesanan kemudahan pembiayaan mikro di samping memberikan manfaat kepada usahawan mikro dalam membantu mengenal pasti faktor sikap yang dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi perusahaan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Bumiputera, perusahaan mikro, pembiayaan mikro, Pulau Pinang, sikap usahawan |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
| Divisions: | UUM Press |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 11 Aug 2024 04:12 |
| Last Modified: | 11 Aug 2024 04:12 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31222 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions