Mohd Anuar, Haslinda and Abdul Wahab, Harlida and Yaacob, Nurli (2020) Pencemaran Alam Sekitar dan Pendekatan Mahkamah Hijau. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (JUUM), 27. pp. 46-54. ISSN 1394-7729
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (259kB) | Preview |
Abstract
Pencemaran alam sekitar bukanlah sesuatu yang asing di mana-mana negara. Secara keseluruhannya, pencemaran berlaku sejajar dengan pembangunan yang tidak terkawal di samping pertambahan bilangan penduduk yang kian meningkat. Walaupun pelbagai usaha dilakukan, isu pencemaran terus berlaku malah semakin meruncing dengan sebab dan punca yang pelbagai, sama ada akibat daripada aktiviti manusia ataupun perubahan alam. Pelepasan efluen perindustrian ke dalam perairan daratan khususnya sungai, dikenal pasti sebagai satu daripada punca utama kepada pencemaran air. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menetapkan hukuman tertentu bagi menangani permasalahan ini namun kes pencemaran perairan daratan masih terus berlaku. Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan penubuhan dan fungsi Mahkamah Hijau di samping mengkaji pendekatan serta prosedur Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman bagi kes-kes pencemaran perairan daratan. Kaedah kualitatif melalui kajian perpustakaan dilakukan dengan disokong oleh temu bual bersama tiga orang hakim Mahkamah Hijau. Data daripada sumber sekunder dan juga temu bual dianalisa menggunakan analisis kandungan dan analitikal. Antara lain, dapatan menunjukkan bahawa kewujudan Mahkamah Hijau hanya di beberapa tempat sahaja, hukuman yang dijatuhkan oleh hakim adalah tertakluk kepada pembuktian semasa pengendalian kes, dan hukuman yang dikenakan ke atas pesalah syarikat adalah sama dengan pesalah individu. Dicadangkan agar kesedaran dan latihan berkaitan kepentingan alam sekitar diperluaskan kepada semua hakim-hakim, latihan pengendalian kes alam sekitar kepada pegawai pendakwa dan peruntukan yang lebih jelas serta berat dikenakan kepada pesalah syarikat. Berasaskan kepada cadangan dikemukakan diharapkan dapat mengurangkan kegiatan dan kes-kes pencemaran alam sekitar, khususnya perairan daratan
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; alam sekitar; hukuman; Mahkamah Hijau; perairan daratan |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | School of Law |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 20 Aug 2024 12:26 |
| Last Modified: | 20 Aug 2024 12:26 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31299 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
Dimensions
Dimensions