Yaacob, Nurli and Abdul Wahab, Harlida and Mohd Anuar, Haslinda (2018) Hukuman Pencemaran Perairan Daratan di Bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. International Journal of Law, Government and Communication, 3 (13). pp. 91-105. ISSN 0128-1763
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (203kB) | Preview |
Abstract
Pencemaran perairan daratan menjadi isu penting pada masa kini. Tambahan pula jika pecemaran ini dilakukan oleh organisasi perniagaan yang besar dan mampu membayar hukuman dalam bentuk wang. Terdapat kerangka perundangan yang mengawal selia berkenaan hukuman pencemaran perairan daratan ini iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan juga peraturan-peraturannya termasuk Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Oleh sebab itu, artikel ini ditulis bertujuan untuk mengkaji peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan juga bentuk hukuman melalui kes-kes yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan dengan pencemaran perairan daratan. Dapatan kajian menunjukkan hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang adalah mencukupi. Walau bagaimanapun, hukuman denda yang dijatuhkan oleh mahkamah adalah agak rendah dan peratusan kes yang dikenakan hukuman penjara adalah amat kecil
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Alam Sekitar, Hukuman, Pencemaran, Perairan Daratan, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 |
| Subjects: | K Law > K Law (General) |
| Divisions: | School of Law |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 29 Aug 2024 10:10 |
| Last Modified: | 29 Aug 2024 10:10 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31304 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
