Abdul Rahim, Ahmad Khilmy (2019) Kutipan Zakat Pertanian (Padi) di Negeri Kedah Darul Aman : Satu Analisis. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf and Economic Development 2019, 1 - 2 December 2019, Hotel Adya Langkawi, Kedah, Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (204kB) | Request a copy |
Abstract
Di Malaysia, hasil pertanian yang wajib dikeluarkan zakat ialah yang berbentuk makanan asasi (qut al-balad) dan mengenyangkan bagi sesebuah negeri. Pengertian inilah yang diguna pakai oleh kebanyakan pusat pungutan zakat negeri-negeri di Malaysia seperti Kedah (Lembaga Zakat Negeri Kedah), Selangor (Lembaga Zakat Selangor), Melaka (Pusat Zakat Melaka), Pahang (Pusat Kutipan Zakat Pahang) dan lain-lain. Dalam konteks Malaysia adalah dimaklumi bahawa makanan asasi masyarakatnya adalah beras ataupun padi. Oleh sebab itu, zakat tanaman adalah diwajibkan ke atas padi apabila telah sempurna syarat-syaratnya yang tertentu. Kajian ini menganalisis asas perlaksanaan zakat pertanian (padi) di negeri Kedah Darul Aman berdasarkan undang-undang Kedah Tua seperti yang terkandung di dalam fasa 3 Tembera Seri Paduka Tuan (1667 M), undang-undang pentadbiran Negeri Kedah pada ketika itu dan Enakmen Zakat Kedah yang berkuatkuasa sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Artikel juga menganalisis kaedah kutipan zakat padi yang dilaksanakan pada masa dahulu dan kini di negeri Kedah Darul Aman dan isu-isu yang berkaitan seperti kemerosotan kutipan zakat padi dan lain-lain
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Kutipan, Zakat Pertanian, Kedah Darul Aman |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 29 Aug 2024 11:00 |
| Last Modified: | 29 Aug 2024 11:00 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31335 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
