mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Inovasi Instrumen Hibah dalam Produk-Produk Kewangan Islam Di Malaysia

Abdul Rahim, Ahmad Khilmy and Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Mohd Noor, Mohd Murshidi (2017) Inovasi Instrumen Hibah dalam Produk-Produk Kewangan Islam Di Malaysia. In: The 4th Asean Waqf Seminar 2017, 19 - 20 September 2017, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Malaysia.

[thumbnail of AWS 01 2017 113-123.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy
Official URL: https://www.usim.edu.my

Abstract

Penggunaan instrumen hibah dalam pengurusan harta semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia. Hibah merupakan satu kontrak unilateral yang bermatlamatkan kebajikan. Institusi kewangan Islam di Malaysia, khususnya bank-bank Islam turut mengaplikasikan instrumen hibah dalam produk-produk yang ditawarkan. Hibah merupakan konsep shariah bersifat sokongan kepada kontrak-kontrak shariah yang utama dalam sistem perbankan Islam di Malaysia Tujuannya antara lain ialah sebagai insentif kepada pelanggan kerana mendeposit wang mereka dalam institusi berkenaan dan juga sebagai ganjaran untuk pelanggan membayar pembiayaan mereka mengikut jadual yang ditentukan. Penggunaan hibah atas dasar-dasar dan objektif yang dinyatakan mendapat kelulusan Majlis Penasihat Shariah(MPS) Bank Negara Malaysia. Instrumen hibah diaplikasikan dalam berbagai bentuk oleh institusi kewangan Islam khususnya di Malaysia pada masa kini. Kertas kerja ini membincang dan menganalisa bentuk-bentuk kontemporari hibah seperti Hibah Amanah, Hibah Mu’allaqah (Bersyarat), Hibah bi al-Thawab (Ganjaran) dan Hibah dalam akaun simpanan (Wadiah) dan sewaan (al-Ijarah)

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Hibah, Sistem Perbankan Islam
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 29 Aug 2024 11:01
Last Modified: 29 Aug 2024 11:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31338

Actions (login required)

View Item View Item