Abdul Rahim, Ahmad Khilmy and Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Mohd Noor, Mohd Murshidi (2016) Wakaf Tunai : Justifikasi Fiqh Semasa dan Perlaksanaannya di Malaysia. In: Prosiding Seminar Pengurusan Wakaf Kebangsaan 2016, 27 October 2016, Pusat Konvensyen UUM, Sintok.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (596kB) | Request a copy |
Abstract
Wakaf merupakan antara institusi yang tertua dalam sejarah tamadun Islam. Amalan melakukan wakaf sudah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w, iaitu apabila baginda dikatakan seringkali menyumbangkan harta yang diperolehi melalui peperangan kepada pelbagai bentuk kebajikan dan manfaat umum. Perkembangan ekonomi semasa memberikan indikasi bahawa pengurusan dana dan harta wakaf perlu lebih agresif ke arah penjanaan ekonomi umat Islam. Dana wakaf tidak seharusnya berkisar dalam lingkungan yang sempit dan beku tanpa dikembangkan manfaat harta tersebut agar dapat dinikmati secara berterusan oleh masyarakat umum. Antara bentuk wakaf kontemporari yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Islam ialah wakaf tunai. Di Malaysia, amalan wakaf tunai masih dikategorikan di peringkat perkembangan manakala kesedaran untuk berwakaf juga masih di tahap yang rendah. Kertas kerja ini membincangkan konsep wakaf tunai, justifikasi fiqh tradisional dan kontemporari tentang wakaf tunai dan amalan wakaf tunai dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Wakaf, wakaf tunai, Fiqh Semasa, Perlaksanaan di Malaysia |
| Subjects: | H Social Sciences > HG Finance |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 29 Aug 2024 11:03 |
| Last Modified: | 29 Aug 2024 11:03 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31341 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
