mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Periwayatan Hadis Berkaitan Kualiti Kerja: Satu Analisis

Mohd Noor, Mohd Murshidi and Ahmad Razimi, Mohd Shahril and Abdul Rahim, Ahmad Khilmy (2014) Periwayatan Hadis Berkaitan Kualiti Kerja: Satu Analisis. In: Seminar Pengurusan Kualiti Islam, 8 - 9 December 2014, Hotel Evelyn Putrajaya, Malaysia.

[thumbnail of SPKI 01 01 2014 01-12.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (229kB) | Request a copy

Abstract

Seseorang muslim perlu melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan berkualiti kerana Allah dan RasulNya sangat menyukai pekerjaan yang bersifat sedemikian. Namun begitu, apa yang diperhatikan pada hari ini terdapat pekerja muslim yang melakukan kerja dengan sambil lewa, melawan ketua, ponteng kerja, melakukan perkara yang tidak sepatutnya ketika waktu kerja dan sebagainya. Oleh yang demikian, kertas kerja ini dilakukan bagi mendapatkan panduan agama mengenai kualiti kerja dengan merujuk kepada hadis Nabawi yang terdapat dalam karya-karya utama hadis. Metode analisis kertas kerja ini adalah berasaskan kepada analisis kandungan teks hadis, pandangan ulama seterusnya dilakukan beberapa kesimpulan daripadanya. Hasil analisis yang dilakukan menunjukkan bahawa Allah dan RasulNya amat menitikberatkan mengenai kualiti kerja seseorang muslim. Kualiti kerja akan hadir sekiranya dilakukan dengan ikhlas. Kerja yang dilakukan itu pula merupakan amanah yang bakal dipertanggungjawabkan pada hari akhirat kelak. Justeru, adalah tidak sepatutnya seseorang pekerja muslim melakukan kerja yang sia-sia serta tidak bersungguh-sungguh memandangkan hal seperti ini sangat tidak dikehedaki oleh agama

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kualiti kerja, teks hadis, karya hadis
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 29 Aug 2024 11:03
Last Modified: 29 Aug 2024 11:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31342

Actions (login required)

View Item View Item