mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Asnaf Al-Gharimin: Kajian Terhadap Takrifan Dan Corak Agihan Zakat Di Negeri Kedah

Baharum, Nadiah Nabilah and Md. Tahir, Raziah and Hamed, Abu Bakar (2021) Asnaf Al-Gharimin: Kajian Terhadap Takrifan Dan Corak Agihan Zakat Di Negeri Kedah. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 3 (1). pp. 114-124. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 03 01 2021 114-124.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (328kB) | Request a copy

Abstract

Umumnya, dana kutipan zakat di institusi zakat negeri di Malaysia menunjukkan peningkatan setiap tahun. Walaupun zakat diagihkan kepada setiap asnaf, namun asnaf algharimin masih kurang diberi perhatian. Menurut takrifan umum, al-gharimin merupakan golongan yang berhutang untuk tujuan memenuhi keperluan asas kehidupan yang dibenarkan syarak. Kertas kerja ini ingin meneliti dua perkara utama mengenai isu asnaf al-gharimin. Pertama, mengenal pasti takrifan al-gharimin di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). Kedua, mengenal pasti ciri dan corak agihan zakat kepada asnaf al-gharimin. Metodologi pengumpulan data dan maklumat kajian dilakukan melalui kaedah temu bual bersama informan pakar dan penelitian dokumen berkaitan topik kajian. Kaedah temu bual pakar melibatkan pihak pengurusan atasan bahagian agihan LZNK, pakar syariah zakat dan pakar akademik dalam bidang zakat. Penelitian dokumen pula adalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi daripada portal rasmi LZNK. Hasil kajian diharapkan dapat merungkai persoalan berkaitan takrifan dan corak agihan zakat al-gharimin seterusnya dapat mencadangkan penambahbaikan dalam kaedah serta bentuk agihan zakat al-gharimin yang sedia ada

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Asnaf al-gharimin, Zakat, Hutang, Agihan Zakat
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 12 Oct 2024 06:54
Last Modified: 12 Oct 2024 06:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31394

Actions (login required)

View Item View Item