mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelaksanaan Pengurusan Agihan Zakat Di Kedah

Md Yusof, Syarifah and Md. Tahir, Raziah and Othman, Azizah (2020) Pelaksanaan Pengurusan Agihan Zakat Di Kedah. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 2 (2). pp. 50-57. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 02 02 2020 50-57.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (197kB) | Request a copy

Abstract

Pengurusan agihan zakat merupakan salah satu aspek yang penting dalam pengurusan zakat. Zakat yang dibayar kepada institusi zakat perlu diurus dengan baik agar golongan asnaf yang berhak menerima zakat dapat dibantu bukan sahaja dalam aspek jasmani, malah meliputi rohani dan akli. Hal ini selaras dengan objektif agihan zakat yang digariskan oleh Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR) iaitu meningkatkan taraf hidup hidup golongan asnaf dalam semua bidang kehidupan merangkumi aspek-aspek rohani, aqli dan jasmani. Bagi memastikan pencapaian objektif agihan zakat, pelaksanaan pengurusan agihan zakat yang berkesan amat perlu. Namun, timbul isu seperti proses permohonan yang lambat, kerenah birokrasi, permohonan ditolak, dan ketiadaan pemantauan dalam pengurusan agihan zakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pelaksanaan pengurusan agihan zakat khusus kepada fakir dan miskin yang dilaksanakan di Kedah. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian kualitatif iaitu dengan mengadakan temu bual dengan pegawai zakat. Dapatan menunjukkan pelaksanaan pengurusan agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin meliputi promosi bantuan, penetapan bentuk bantuan, proses permohonan, pemilihan, penyerahan dan pemantauan. Cadangan dibincangkan di akhir kertas kerja

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Agihan zakat, Zakat, Pengurusan agihan zakat
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 12 Oct 2024 07:00
Last Modified: 12 Oct 2024 07:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31398

Actions (login required)

View Item View Item