Othman, Azizah and Md. Tahir, Raziah and Md Yusof, Syarifah and Hashim, Norashidah and Abd Wahab, Nadratun Nafisah (2019) Peranan Institusi Zakat Dalam Pembangunan Pendidikan Golongan Asnaf:Isu Dan Cabaran. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 1 (2). pp. 117-127. ISSN 2682-7530
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (328kB) | Request a copy |
Abstract
Islam merupakan agama yang mementingkan kebajikan umatnya dalam setiap lapangan kehidupan bagi memastikan manusia dapat hidup dalam suasana yang aman dan harmoni. Artikel ini bertujuan mengemukakan isu-isu dan cadangan dalam kajian-kajian lalu berkenaan isu-isu peranan institusi zakat membangunkan aspek pendidikan dalam kalangan asnaf. Daripada hasil pembacaan, didapati kajian yang memfokuskan kepada pendidikan asnaf masih terhad. Kebanyakan kajian-kajian lalu membincangkan tentang cara atau kaedah menyalurkan zakat pendidikan. Justeru, perbincangan dan kajian tentang keberkesanan zakat pendidikan khususnya tentang peranan institusi zakat terhadap pendidikan asnaf perlu dikembang luaskan. Dapatan kajian lalu adalah relokasi tadbir urus zakat di IPT, penambahan tenaga pemantau, pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi dan pembangunan insan serta pembangunan institusi keagamaan, pendidikan menerusi latihan, bengkel, seminar, motivasi, pendidikan, pertanian, pengangkutan dan menerusi perniagaan kecil dan sederhana serta pengetahuan mengenai kemahiran dalam perniagaan adalah antara yang dibincangkan. Sehubungan dengan itu, kajian perlu dilaksanakan dengan lebih mendalam berkenaan pendidikan dalam kalangan asnaf yang sedang dilaksanakan oleh semua institusi zakat. Kata kunci: Zakat, Pembangunan, Pendidikan, IPT, Asnaf
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Zakat, Pembangunan, Pendidikan, IPT, Asnaf |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
| Divisions: | Islamic Business School |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 12 Oct 2024 07:01 |
| Last Modified: | 12 Oct 2024 07:01 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31399 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
