mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hutang Asnaf Al-Gharimin Dalam Kalangan Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (Aim): Masalah Bayaran Balik Dan Kaedah Penyelesaian

Md. Tahir, Raziah and Md Yusof, Syarifah and Othman, Azizah (2019) Hutang Asnaf Al-Gharimin Dalam Kalangan Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (Aim): Masalah Bayaran Balik Dan Kaedah Penyelesaian. International Journal of Zakat and Islamic Philanthropy, 1 (2). pp. 60-73. ISSN 2682-7530

[thumbnail of IJZIP 01 02 2019 60-73.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (229kB) | Request a copy

Abstract

Hutang dalam kalangan peserta Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merujuk kepada bayaran balik terhadap pembiayaan mikro yang dilakukan untuk membiayai projek perniagaan di peringkat awal atau pun di peringkat pengembangan perniagaan. Pembiayaan mikro AIM mengaplikasikan kontrak murabahah komoditi dengan kadar keuntungan sebanyak 10 peratus daripada jumlah pembiayaan yang dipohon. Para peserta yang telah berjaya memperolehi pembiayaan dikehendaki menjelaskan bayaran balik secara ansuran antara tempoh 6 bulan hingga 2 tahun di Mesyuarat Pusat, Cawangan AIM di seluruh Malaysia. Namun, masih ada dalam kalangan peserta yang tidak mampu membayar balik pembiayaan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Persoalannya, adakah peserta AIM yang tidak mampu membayar balik hutang tersebut tergolong dalam asnaf al-gharimin yang layak menerima bantuan zakat? Justeru, kertas kerja ini ingin meneliti tiga perkara penting. Pertama, mengenal pasti masalah bayaran balik pembiayaan dalam kalangan peserta AIM. Kedua, mengenal pasti kaedah penyelesaian yang dilakukan oleh peserta secara khusus dan pihak AIM secara umum dalam menangani masalah tersebut. Ketiga, mengenal pasti kesesuaian agihan zakat al-gharimin dalam kalangan peserta AIM dalam penyelesaian hutang. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif iaitu data dan maklumat berkaitan diperolehi melalui temu bual bersama dengan peserta dan juga pihak pengurusan AIM. Maklumat tersebut dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian ini diharap dapat membantu peserta AIM menyelesaikan masalah bayaran balik pembiayaan dan sekaligus meringankan beban peserta dari belenggu hutang. Di samping itu, ia juga dapat membantu pihak AIM menambahbaik instrumen pembiayaan yang sedia ada dalam usaha menangani isu kegagalan bayaran balik pembiayaan peserta

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Hutang, Asnaf al-Gharimin, Pembiayaan Mikro, Amanah Ikhtiar Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 12 Oct 2024 07:02
Last Modified: 12 Oct 2024 07:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31400

Actions (login required)

View Item View Item