mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Mekanisme Agihan Zakat Asnaf Al-Gharimin Dalam Kalangan Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia Melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

Md. Tahir, Raziah and Md Yusof, Syarifah and Othman, Azizah (2020) Mekanisme Agihan Zakat Asnaf Al-Gharimin Dalam Kalangan Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia Melalui Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK). In: 3rd UUM International Islamic Business Management Conference 2020 (IBMC 2020), 24 - 30 September 2020, Islamic Business School UUM, Malaysia.

[thumbnail of IBMC 2020 526-531.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (317kB) | Request a copy

Abstract

Asnaf al-gharimin merupakan salah satu daripada lapan golongan yang berhak menerima zakat. Menurut Mazhab Syafie, al-gharimin ialah orang yang berhutang sama ada untuk dirinya sendiri atau berhutang demi orang lain dan bertujuan untuk melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT. Takrifan al-gharimin diperluaskan mengikut keperluan semasa. Setiap institusi zakat negeri pula mempunyai persamaan dan juga perbezaan dalam menentukan kategori asnaf al-gharimin. Peserta Amanah Ikhtiar Malaysia pula merupakan golongan wanita yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara kecil-kecilan. Ada di antara mereka terpaksa menanggung beban hutang akibat masalah yang dihadapi akibat faktor perniagaan dan bukan perniagaan. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah untuk mengkaji tiga perkara utama. Pertama, mengenal pasti takrifan dan kategori asnaf al-gharimin yang diaplikasikan di LZNK. Kedua, mengenal pasti punca kegagalan bayaran balik hutang yang ditanggung oleh peserta AIM. Ketiga, mengenal pasti mekanisme agihan zakat dalam kalangan asnaf al-gharimin di LZNK. Kaedah pengumpulan data dan maklumat adalah secara kualitatif melalui kaedah kajian temu bual bersama informan terplih di LZNK dan kajian dokumen berkaitan. Hasil kajian ini dapat mengenengahkan takrifan dan kategori asnaf al-gharimin secara umum dan kontemporari menurut aplikasi LZNK. Seterusnya kajian ini juga dapat mencadangkan kaedah baharu yang boleh diaplikasikan dalam mekanisme agihan zakat dalam kalangan asnaf al-gharimin

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Agihan zakat, asnaf al-gharimin, Amanah Ikhtiar Malaysia, Lembaga Zakat Negeri Kedah
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 12 Oct 2024 13:34
Last Modified: 12 Oct 2024 13:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31403

Actions (login required)

View Item View Item