mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-Faktor Motivasi bagi Pemilihan Kerjaya untuk Industri Makanan Halal dalam Kalangan Pelajar Universiti di Malaysia

Abu Bakar, Nashirah and Rosbi, Sofian and Haji Hashim, Hydzulkifli and Che Arshad, Noraziah (2021) Faktor-Faktor Motivasi bagi Pemilihan Kerjaya untuk Industri Makanan Halal dalam Kalangan Pelajar Universiti di Malaysia. International Journal of Business and Economy, 3 (4). pp. 208-226. ISSN 2682-8359

[thumbnail of IJBEC 03 04 2021 208-226.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (341kB) | Request a copy

Abstract

Industri makanan halal adalah salah satu industri yang menjadi tumpuan kerajaan dalam membangunkan ekonomi Malaysia. Oleh kerana itu, bagi memastikan bidang pekerjaan ini terus maju kehadapan, maka satu kajian yang menyeluruh adalah amat perlu dilaksanakan bagi memastikan bidang ini menjadi salah satu pilihan utama para graduan universiti. Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mengukur motivasi para pelajar universiti untuk memilih kerjaya dalam industri makanan halal di Malaysia, secara khususnya. Kaedah persampelan adalah mengggunakan persampelan rawak mudah. Seramai 60 orang pelajar universiti dipilih secara rawak bagi menjawab soal selidik. Statistik deskriptif menunjukkan bilangan pelajar lelaki ialah 20 orang (33.3%) dan pelajar perempuan ialah 40 orang (66.7%). Seterusnya, bilangan responden dari golongan B40 ialah 36 orang (60%) dan bukan golongan B40 ialah seramai 24 orang (40%). Dapatan dari analisis regresi berganda menunjukkan nilai pekali untuk pembolehubah bebas pertama iaitu Keperluan Fisiologi (KF) ialah 0.325 yang signifikan. Seterusnya, pekali regresi untuk pembolehubah bebas kedua ialah Keperluan Sosial (KS) iaitu 0.485 yang signifikan. Pembolehubah bebas yang ketiga ialah KeperluanPencapaian Hasrat Diri (KPHD) yang menyumbang pekali regresi sebanyak 0.457 yang signifikan. Dapatan kajian ini dapat membantu kerajaan dalam menyediakan polisi dan prasarana untuk menggalakkan para graduan universiti dalam menceburi bidang industri makanan halal di Malaysia. Tambahan pula, kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang motivasi pelajar menggunakan Teori Motivasi Maslow

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teori Hierarki Keperluan Maslow (THKM), Industri Makanan Halal, Golongan B40, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 12 Oct 2024 07:44
Last Modified: 12 Oct 2024 07:44
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31415

Actions (login required)

View Item View Item