mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Agropelancongan Perikanan Air Tawar di Tasik Gubir Sik Kedah: dari Pengalaman Pelancong

Omar, Salmah and Mohd. Zain, Zawiyah and Ismail, Nor Hanani and Paidi, Zulhilmi and Hj. Rofie, Mohamad Khadafi (2023) Agropelancongan Perikanan Air Tawar di Tasik Gubir Sik Kedah: dari Pengalaman Pelancong. Journal of Tourism, Hospitality and Environment Management, 8 (32). pp. 99-116. ISSN 0128-178X

[thumbnail of JTHEM 08 32 2023 99-116.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (33MB) | Preview
Official URL: https://www.jthem.com/

Abstract

Negeri Kedah mempunyai banyak kawasan semula jadi yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan. Walaupun banyak kawasan yang cantik dan menarik namun, tidak banyak kajian yang dilakukan untuk mempopularkan kawasan tersebut menyebabkan ia kurang dikenali ramai dan jarang dikunjungi oleh pelancong terutama luar negeri Kedah. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti aktiviti agropelancongan dan meneroka keindahan semula jadi Tasik Gubir yang terdapat di tempat tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data diperolehi melalui borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 100 orang pelancong yang berkunjung ke Tasik Gubir pada 1 hingga 30 Julai 2022 dan temu bual bersama pelancong. Dapatan kajian menunjukkan dua faktor utama tarikan ialah dari segi aktiviti perikanan air tawar dan hidangan makanan. Terdapat dua kategori pertama mereka yang mempunyai lesen dan menangkap ikan secara komersial dan kedua pelancong dan orang awam yang datang untuk memancing. Aktiviti memancing menjadi tarikan utama kepada kaki pancing kerana jumlah ikan yang banyak disebabkan tasik yang tidak tercemar. Tasik Gubir bukan sahaja terkenal kerana keindahan semula jadinya, malah menjadi daya tarikan baharu kepada pelancong yang datang untuk menikmati hidangan ikan tawar. Faktor hidangan makanan pula adalah kerana di sini terdapat gerai yang menyediakan hidangan air tawar hasil daripada Tasik Gubir yang dihidangkan secara segar dengan pelbagai jenis masakan tempatan. Oleh itu, dicadangkan pihak kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk mengekalkan ekosistem dan menonjolkan lebih banyak aktiviti dan makanan tempatan di sekitar Tasik Gubir. Kajian ini memberi sumbangan untuk meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri Kedah seterusnya membantu penjanaan ekonomi masyarakat setempat iaitu Sik

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Agropelancongan, aktiviti perikanan air tawar, pelancong,Tasik Gubir
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: School of Government
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 12 Oct 2024 13:50
Last Modified: 12 Oct 2024 13:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31457

Actions (login required)

View Item View Item