mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis

Mohd. Zain, Zawiyah (2021) Budaya politik masyarakat Melayu: Satu analisis. Geografia - Malaysian Journal of Society and Space, 17 (1). pp. 297-311. ISSN 2682-7727

[thumbnail of GMJSS 17 01 2021 297-311.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (422kB) | Preview

Abstract

Budaya politik di Malaysia khususnya budaya politik orang Melayu adalah tidak menonjol yang mana mereka tidak akan menyatakan sesuatu pendirian kecuali dicabar seperti dalam peristiwa 13 Mei 1969. Terbaru pada Disember 2018, masyarakat Melayu bangkit melakukan demonstrasi secara besar-besaran menentang Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), iaitu ratifikasi antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut mewujudkan kesaksamaan antara semua tanpa mengira kaum. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis budaya politik masyarakat Melayu berdasarkan kepada konsep budaya politik melalui pendekatan “parochial”, “subject” dan “participant”. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunkan pendekatan analisis dokumen dan juga pemerhatian dengan mengambil kira isu-isu semasa yang berlaku dalam politik Malaysia. Hasil kajian menunjukkan budaya politik masyarakat Melayu telah mengalami satu tahap perubahan iaitu daripada budaya politik “subject” ke budaya politik “participant”. Hal ini terbukti menerusi peristiwa politik yang berlaku sepanjang 20 tahun, bermula era reformasi sehingga ke era Malaysia baharu. Secara teorinya, kajian ini memberi sumbangan dalam bidang politik dengan memberikan gambaran tentang perubahan landskap politik dalam masyarakat Melayu sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini. Manakala, secara praktikalnya, kajian ini amat penting ke arah keseimbangan dan kematangan proses demokrasi

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Budaya politik, demonstrasi, masyarakat Melayu, parti politik, pilihan raya,reformasi
Subjects: J Political Science > JC Political theory
Divisions: School of Government
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 16 Dec 2024 10:49
Last Modified: 16 Dec 2024 10:49
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31461

Actions (login required)

View Item View Item