Mohd. Zain, Zawiyah and Yusoff, Moharnrnad Agus (2012) Ketidakakuran Sivil dan Kesannya ke Atas Pendemokrasian di Era Abdullah Badawi. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 39 (1). pp. 1-23. ISSN 2180-0251
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Available under License Attribution-NonCommercial 4.0 Generic (CC BY-NC 4.0). Download (391kB) | Request a copy |
Abstract
Selepas Abdullah Badawi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003, beliau berjanji melakukan perubahan dalam bidang pentadbiran dan politik. Namun, selepas empat tahun pemerintahannya, janji tersebut gagal ditunaikan menyebabkan rakyat tidak berpuas hati. Tujuan artikel ini ialah membincangkan tentang ketidakakuran sivil di era Abdullah Badawi dan kesannya ke atas pilihan raya dan juga pendemokrasian. Artikel ini berhujah ketidakakuran sivil berlaku disebabkan empat faktor utama, iaitu kegagalan menunaikan janji untuk melakukan perubahan, masalah ekonomi, rasuah dalam kerajaan dan juga kegagalan kerajaan menangani isu-isu perkauman. Akibatnya Barisan Nasional telah gagal untuk memperoleh dua pertiga majoriti bagi kerusi parlimen pada pilihan raya umum 2008 dan juga dalam masa yang sama tewas lima negeri kepada pembangkang. Kedua, walaupun ketidakakuran sivil tidak berjaya membawa kepada pertukaran kerajaan, namun ia telah melahirkan demokrasi siber dan mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia untuk mencabar kerajaan pimpinan Abdullah Badawi
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ketidakakuran sivil, pendemokrasian, Abdullah Badawi, pilihan raya, siber demokrasi |
Subjects: | J Political Science > JC Political theory |
Divisions: | School of Government |
Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
Date Deposited: | 18 Nov 2024 08:19 |
Last Modified: | 18 Nov 2024 08:19 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31495 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |