Mohamad Nor, Mohamad Naimi and Ishak, Suhaimi and Osman, Amirul Faiz (2021) Cadangan Membangunkan Kod Tadbir Urus Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) (S/O 14535). Project Report. UUM. (Submitted)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Isu kualiti pengurusan institusi zakat (IZ) perlu menjadi keutaman kepada pihak pengurusan IZ untuk diperbaiki. Ini kerana pelbagai insiden yang melibatkan IZ boleh mencemarkan nama baik IZ dan menjejaskan keyakinan masyarakat. Sebagai badan yang diberi mandat untuk menjalankan aktiviti zakat di Kedah, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada pelbagai kejadian yang tidak dapat dijangka. Bagi memperbaiki amalan pengurusan zakat, antara aspek yang perlu diberi perhatian ialah mengamalkan tadbir urus zakat yang baik. Untuk itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan kod tadbir urus khususnya bagi LZNK Bagi membangunkan kod tadbir urus ini, selain dari dokumen berkaitan perundangan dan polisi pengurusan zakat, dokumen berkaitan dengan tadbir urus korporat turut dirujuk. Juga, temubual dengan pengurusan tertinggi LZNK dan pihak yang mempunyai kepakaran dalam tadbir urus diadakan bagi memantapkan kod tadbir urus LZNK. Kod yang dibangunkan itu mengandungi 4 bahagian utama iaitu (i) Peruntukan Perundangan, (ii) Kepimpinan Organisasi, (iii) Tadbir Urus Syariah, dan (iv) Risiko, Kewangan, Libat Urus dan Kelestarian. Bagi setiap prinsip ini, turut dinyatakan panduan atau kaedah pengurusan yang boleh digunakan dan jangkaan hasil yang bakal diperolehi dengan mengamalkan panduan tersebut. Kewujudan kod ini diharapkan dapat membentuk gaya pengurusan yang lebih mantap bagi LZNK, meningkatkan kualiti perkhidmatan dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap IZ
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | IPIZ - SKIM GERAN PERUNDINGAN |
| Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 18 Nov 2024 08:36 |
| Last Modified: | 18 Nov 2024 08:36 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31498 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
