mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Projek Memandirikan Usahawan Asnaf Melalui Aplikasi Model MLC (Mindset, Leadership, Competencies) (S/O 14537)

Maamor, Selamah and Abd Halim, Mohammad Naim and Ahmad, Nor Hayati and Aziz, Ahmad Bashir and Osman, Amirul Faiz Projek Memandirikan Usahawan Asnaf Melalui Aplikasi Model MLC (Mindset, Leadership, Competencies) (S/O 14537). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14537.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Sejak sekian lama, Lembaga Zakat Negeri kedah (LZNK) telah memainkan peranan mereka dalam membantu menguruskan agihan kepada asnaf di seluruh negeri Kedah. Dalam laporan terkini bagi tahun 2018, dinyatakan antara jumlah agihan tertinggi adalah kepada golongan asnaf Miskin (RM81.6 juta) diikuti oleh asnaf fisabilillah (RM64.4 juta) yang mana jumlah keseluruhan agihan adalah RM150.1 juta. Fisabilillah termasuk bantuan pendidikan seperti dermasiswa yang mana jumlah yang diberikan juga agak tinggi. Justeru, dilihat bahawa fokus utama LZNK cuba bantu adalah mereka yang ingin dan sedang belajar dan berusaha ini bertepatan dengan keperluan asas seseorang untuk ’memandiri’ tidak lain tidak bukan hanya dengan ilmu. Namun, ilmu yang apakah dan bagaimanakah ilmu itu untuk diadaptasi dalam kehidupan seharian seseorang asnaf atau anak asnaf itu sehingga ia mampu mandiri dan akhirnya terkeluar dari senarai golongan asnaf dan sebaliknya menjadi pembayar zakat pula. Justeru, projek perundingan ini menawarkan program yang mengadaptasi Model ’Mindset, Leadership and Competencies (MLC)’ bagi memandirikan asnaf dan mengfokus kepada asnaf berstatus usahawan. Model MLC yang diadaptasi dalam Projek Mamandirikan Asnaf ini adalah satu model yang komprehensif yang menggarapkan ketiga-tiga elemen penting dalam pembangunan lestari iaitu ’Mindset’, Leadership dan ’Competentcy’. Menariknya Model MLC ini akan menekankan konsep ’kerohanian’ (spirituality) antara lain adalah konsep tauhid dan uswatul hasanah

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: IPIZ - SKIM GERAN PERUNDINGAN
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 18 Nov 2024 08:38
Last Modified: 18 Nov 2024 08:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31499

Actions (login required)

View Item View Item