mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Mekanisme untuk Meningkatkan Kepatuhan Zakat Perniagaan di Kalangan Perniaga Kecil di Kedah (S/O 14274)

Abdul Rahman, Maria and Sulaiman, Yaty and Nik Mat, Nik Kamariah (2021) Mekanisme untuk Meningkatkan Kepatuhan Zakat Perniagaan di Kalangan Perniaga Kecil di Kedah (S/O 14274). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14274.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Data daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah telah menunjukkan jumlah kutipan zakat perniagaan adalah rendah di kalangan peniaga kecil di Kedah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan untuk menyiasat faktor yang menyumbang kepada niat terhadap kepatuhan membayar zakat dan mencadangkan mekanisma yang boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah kutipan zakat. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi niat terhadap kepatuhan membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil di negeri Kedah. Terdapat empat pemboleh ubah bebas yang dikaji dalam kajian ini iaitu: sikap, norma subjektif, kawalan gelagat dan kesedaran. Kajian ini juga telah menyiasat faktor-faktor (usia, tahap pendidikan, pendapatan, promosi, tahap keimanan, pengetahuan tentang zakat, kepercayaan terhadap institusi zakat, norma subjektif) yang mempengaruhi tahap kesedaran peniaga kecil terhadap niat kepatuhan membayar zakat perniagaan. Seramai 191 responden yang terdiri daripada peniaga kecil di negeri Kedah telah mengambil bahagian dalam soalselidik tinjauan ini. Data yang dipungut telah dianalisa mengunakan kaedah Partial Least Squares (PLS) menggunakan perisian SmartPLS 3. Hasil kajian menunjukkan bahawa sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat terhadap kepatuhan membayar zakat perniagaan. Walau bagaimanapun, kesedaran tidak mempengaruhi niat terhadap kepatuhan membayar zakat perniagaan. Kesedaran telah didapati merupakan perantara sebahagian antara norma subjektif dan niat terhadap kepatuhan membayar zakat. Dapatan kajian juga mendapati hanya tahap keimanan, kepercayaan terhadap institusi zakat dan norma subjektif mempengaruhi tahap kesedaran terhadap kepatuhan membayar zakat perniagaan. Usia, tahap pendidikan, pendapatan, promosi dan pengetahuan tentang zakat tidak mempengaruhi tahap kesedaran untuk membayar zakat perniagaan. Sikap juga telah didapati merupakan `perantara penuh antara hubungan kesedaran dan niat terhadap kepatuhan membayar zakat perniagaan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh organisasi kutipan zakat untuk membentuk strategi yang lebih berkesan untuk meningkatkan kesedaran peniaga kecil untuk membayar zakat perniagaan

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN IPIZ
Uncontrolled Keywords: Kesedaran, Teori Kesedaran Kendiri, peniaga kecil, zakat perniagaan
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 18 Nov 2024 09:47
Last Modified: 18 Nov 2024 09:47
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31524

Actions (login required)

View Item View Item