Ibrahim, Johan Afendi and Ahmad, Mohamad Zaki and Abdul Razak, Norhanim and Mohamed, Ahmad Edwin (2021) Mitos dan Lagenda Gua Landak dan Sekitarnya ‘Myths and Legends of Gua Landak and Surroundings’ (S/O 14052). Project Report. UUM. (Submitted)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (907kB) | Request a copy |
Abstract
Sejak dahulu lagi, Langkawi dikenali sebagai pulau lagenda yang mempunyai kaitan langsung dengan kisah Mahsuri. Apabila Langkawi diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai pada tahun 1987 dan dibangunkan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, Mahsuri dijadikan sebagai ikon utama disamping tarikan-tarikan alam semulajadi yang terdapat di pulau ini. Ia seringkali dijadikan bahan penceritaan kepada pelancong dan akhirnya menjadi identiti kepada Langkawi. Pembangunan pelancongan yang rancak telah memberi kesan dan imej sebagai pulau lagenda semakin menghilang. Selain itu, kisah mitos dan lagenda Langkawi tidak didokumenkan secara tersusun yang menyebabkan berlakunya ketidak seragaman penceritaan kepada pelancong. Oleh itu, pelbagai pihak berkepentingan di Langkawi telah menyuarakan keperluan untuk mendokumenkan semua kisah mitos dan lagenda secara sistematik disamping menyeragamkan penceritaan kepada pelancong. Universiti Utara Malaysia telah mengambil inisiatif bagi mengumpul semua maklumat ini agar menjadi rujukan semua pihak. Bagi mendapatkan semua maklumat ini, pengumpulan data dilakukan dengan 2 kaedah iaitu melakukan rujukan data sekunder di perpustakaan, muzium dan jabatan kerajaan. Pengumpulan data primer dilakukan melalui perbincangan dalam kumpulan di mana penyelidik telah menghadiri Bengkel Ceritera Langkawi - Mitos dan Lagenda pada 24 – 25 September 2016. Kajian lapangan dilakukan dengan penyelidik berkunjung ke beberapa lokasi yang dikatakan mempunyai kaitan kisah mitos dan lagenda. Disamping itu, penyelidik turut menggunakan kaedah temubual dengan beberapa individu terpilih. Kesemua maklumat ini telah berjaya dikumpulkan dan di tulis semula bagi mencapai objektif kajian ini
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | GERAN KHAS |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari |
| Date Deposited: | 18 Nov 2024 09:50 |
| Last Modified: | 18 Nov 2024 09:50 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31528 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
