mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Standad Perakaunan untuk Geran Modal Pembangunan dan Geran Tertunda (S/O 14293)

Abdul Malak, Siti Seri Delima and Ishak, Zuaini and Derashid, Chek and Mohd Ariff, Arifatul Husna (2021) Standad Perakaunan untuk Geran Modal Pembangunan dan Geran Tertunda (S/O 14293). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14293.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (668kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi meneliti dan memperhalusi layanan perakaunan dan pelaporan kewangan ke atas geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda berdasarkan piawai perakaunan. Objektif penyelidikan ini adalah pertamanya mengenalpasti amalan semasa dan mendapat pandangan mengenai isu pengiktirafan geran pembangunan oleh universiti awam lain sebagai perbandingan dengan amalan oleh UUM. Kedua, mendapatkan pandangan auditor dan pihak penggubal piaiwaian dan yang terakhir adalah mencadangkan layanan perakaunan dan pelaporan bagi geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda berdasarkan piawai perakaunan. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Dokumen-dokumen seperti piawaian perakaunan iaitu MPERS 24, MPSAS 23 dan MFRS 120 dianalisa bagi mengenalpasti layanan perakaunan dan pelaporan untuk geran pembangunan dan geran pembangunan tertunda secara teori. Selain itu, sesi temubual dengan pihak firma audit perakaunan juga dijalankan bagi mendapatkan pandangan mereka tentang isu ini. Hasil dapatan mendapati terdapat ruang untuk pertimbangan sekiranya pihak UUM ingin mengiktiraf geran pembangunan ini sebagai ekuiti di awal penerimaan geran. Namun, ini hanya boleh berlaku sekiranya pihak kerajaan menyatakan syarat dan ketetapan dengan jelas tentang penggunaan dan hak milik aset tersebut semasa dana diterima dan fasiliti telah siap dibina

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN KHAS
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 18 Nov 2024 14:48
Last Modified: 18 Nov 2024 14:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31572

Actions (login required)

View Item View Item