mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penetapan 'URF Zakat Emas Perhiasan di Negeri Kedah (S/O 14278)

Makhsin, Mardzelah and Othman, Azizah (2021) Penetapan 'URF Zakat Emas Perhiasan di Negeri Kedah (S/O 14278). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14278.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9MB) | Request a copy

Abstract

Zakat perhiasan telah menjadikan 'urf sebagai asas pengukuran. Majoriti negeri di Malaysia telah mengaplikasikan pendapat ini dan penetapan kadar 'urf juga telah dikeluarkan mengikut negeri masing-masing. Negeri Kedah telah menetapkan zakat bagi emas perhiasan akan dikenakan apabila melebihi kadar 'urf iaitu sebanyak 170 gram. Sejajar dengan perubahan kadar 'urf di negeri lain seperti Selangor telah menetapkan kadar 800 gram, maka penelitian penetapan zakat emas perhiasan di negeri Kedah perlu dikaji untuk memenuhi keperluan masyarakat sama ada perlu dinaikkan kadar 'urf semasa. Kajian ini mengkaji pemakaian emas berdasarkan tahap sosioekonomi, meninjau tahap kefahaman tentang zakat emas pakai dalam kalangan wanita di negeri Kedah dan meneliti jumlah sebenar pemakaian emas dalam kalangan wanita Islam di negeri Kedah. Kaedah kajian ini berbentuk kuantitatif secara deskriptif melalui soal selidik secara dalam talian. Responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 1287 wanita Islam daripada 12 daerah di Negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan 49.7% wanita Islam di negeri Kedah memakai emas antara I hingga 30gram sahaja dan 7.6% memakai emas perhiasan melebihi 171 gram. Oleh yang demikian, berdasarkan dapatan kajian menunjukkan tiada keperluan untuk meningkatkan kadar 'urf bagi zakat emas perhiasan. Peningkatan kadar 'urf bagi zakat emas perhiasan adalah altematif untuk mengalakkan wanita Islam menunaikan zakat emas perhiasan bagi yang berkelayakan. Ini berdasarkan hasil kajian menunjukkan 86.3% responden tahu hukum kewajipan membayar zakat emas perhiasan. Namun hanya 30% responden sahaja yang membayar zakat. Dapatan kajian ini menjelaskan 56.3% wanita-wanita di Kedah yang masih kurang kesedaran untuk mengeluarkan zakat emas perhiasan. Oleh itu, perubahan nilai 'urf semasa boleh dipertimbangkan bagi menggalakkan wanita yang cukup nisab mengeluarkan zakat emas perhiasan

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN IPIZ
Uncontrolled Keywords: Zakat, emas perhiasan, 'urf, wanita Islam, negeri Kedah
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 15 Dec 2024 04:05
Last Modified: 15 Dec 2024 04:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31580

Actions (login required)

View Item View Item