mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan Model Sikap Pelajar Asnaf Universiti Utara Malaysia (Uum) Dalam Bidang Keusahawanan (S/O 14721)

Zaini, Bahtiar Jamili and M Sarkawi, Mohd Nizam and Mansor, Rosnalini and Bohari, Abdul Manaf and Mustaffa, Mohd Adil (2021) Pembentukan Model Sikap Pelajar Asnaf Universiti Utara Malaysia (Uum) Dalam Bidang Keusahawanan (S/O 14721). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14721.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan dalam bidang keusahawanan adalah amat penting dan harus diberikan tumpuan bagi mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara kita terutamanya dikalangan golongan asnaf. Ban yak di kalangan keluarga asnaf telah menghantar anak mereka belajar sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan telah diberi pendidikan dalam bidang keusahawanan. Begitu juga inisiatif yang dilakukan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) dimana selain dari pengkhususan di peringkat pengurusan, UUM juga memberi penekanan pada ilmu keusahawanan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar asnaf di UUM terhadap bidang keusahawanan melalui kajian soal selidik dalam talian. Kajian ini melibatkan sebanyak 369 pelajar yang dikategorikan sebagai asnaf di UUM. Kajian ini menggunakan Pemodelan Persamaan Struktur bagi membentuk model keusahawanan di kalangan pelajar asnaf UUM. Hasil dapatan menunjukkan sikap peribadi, sikap kawalan tingkah laku dan persekitaran keusahawanan mempengaruhi niat keusahawanan pelajar. Oleh sebab itu bagi meningkatkan tahap niat seseorang pelajar terhadap bidang keusahawanan, tiga faktor ini perlu dititiberatkan bagi menimbulkan lebih motivasi terhadap pelajar tersebut. Kajian ini juga mendapati faktor jantina dan tahap pendidikan pelajar mempengaruhi niat keusahawanan pelajar asnaf UUM. Pelajar lelaki lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam keusahawanan berbanding pelajar perempuan. Manakala terdapat perbezaan yang bererti di antara pelajar lulusan SPM dengan pelajar lulusan STPM dan juga pelajar lulusan Diploma, tetapi tiada perbezaan yang bererti di antara pelajar lulusan STPM dengan pelajar lulusan Diploma. Analisis kajian juga mendapati niat keusahawanan memberi perbezaan yang bererti sekiranya pelajar asnaf ini mempunyai pengalaman berniaga, mempunyai perniagaan sendiri dan bercita-cita untuk menjadi usahawan selepas tamat pengajian. Manakala faktor keluarga atau keluarga terdekat tidak memberi kesan kepada niat keusahawanan pelajar asnaftersebut

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN IPIZ
Uncontrolled Keywords: Asnaf, Keusahawanan, Pemodelan Persamaan Struktur, Sikap, Pelajar Universiti
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 18 Nov 2024 14:55
Last Modified: 18 Nov 2024 14:55
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31581

Actions (login required)

View Item View Item