mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Web-Based Application of Al-Quran Ontology for Self-Learning (S/O 14160)

Ta’a, Azman and Che Mohamed Arif, Ahmad Suki and Shaari @ Hj Ashari, Muhammad Shakirin and Abu Bakar, Muhamad Shahbani and Mahmad, Muhamad Amar Web-Based Application of Al-Quran Ontology for Self-Learning (S/O 14160). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14160.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Penyediaan kandungan al-Quran menggunakan teknologi maklumat melibatkan proses pengelasan ayat-ayat al-Quran mengikut tema dan konsep yang mudah difahami oleh pengguna. Perwakilan dan klasifikasi kandungan al-Quran yang difahami oleh mesin dan manusia adalah penting untuk membantu pengguna mencari dan mengenal pasti makna (semantik) yang betul dan tepat. Penyelidikan ini bertujuan untuk membangunkan ontologi al-Quran yang mengklasifikasikan ayat-ayat al-Quran mengikut konsep dan tema seperti akidah, akhlak, harta dan sebagainya yang telah disusun oleh para ulama yang pakar dalam bidang al-Quran. Klasifikasi ayat-ayat al-Quran ini diontologikan mengikut model ontologi al-Quran yang telah dibangunkan daripada kajian terdahulu. Projek ini telah menghasilkan pangkalan data ilmu al-Quran berasaskan ontologi yang lengkap dengan semua definisi konsep dan tema. Teknologi semantik telah digunakan untuk membangunkan fungsi pencarian ilmu al-Quran yang ada dalam aplikasi berasaskan web yang dipanggil Quranology. Selain fungsi carian melalui tema atau ayat al-Quran, Quranology juga dilengkapkan dengan pelbagai alat bantu yang sangat berfaedah seperti pilihan kaedah carian, tafsiran dalam bentuk multimedia, kepelbagaian maklumat tambahan seperti hadis, doa, asbabun nuzul dan banyak lagi. Hasil projek ini akan dapat meningkatkan tahap kefahaman pengguna terhadap ilmu al-Quran melalui aplikasi komputer yang menawarkan pendekatan baharu dalam pembelajaran al-Quran secara kendiri

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN: PRGS
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 18 Nov 2024 15:25
Last Modified: 18 Nov 2024 15:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31592

Actions (login required)

View Item View Item