mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Situasi Pembelajaran Bahasa Asing dalam Kalangan Pelajar di Universiti Utara Malaysia dalam Norma Baharu dengan Menggunakan Model UTAUT (S/O 14775)

Mansor, Masni and Abdul Hamid, Aida Husni and Sanguan, Soraya and Md Yusoff, Mohd Farid (2021) Situasi Pembelajaran Bahasa Asing dalam Kalangan Pelajar di Universiti Utara Malaysia dalam Norma Baharu dengan Menggunakan Model UTAUT (S/O 14775). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14775.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (13MB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan pelajar terhadap penggunaan aplikasi UUM Online Learning (UUMOL) dalam situasi pembelajaran bahasa asing ketika Pandemik COVID-19. Oleh itu, keadaan ini dilihat sebagai agen transformasi dan pemangkin kepada pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Bagi menilai tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ketika norma baharu, satu set soalan soal selidik telah diedarkan kepada 500 orang pelajar yang mengambil kursus bahasa asing pada semester kedua sesi 2020/2021 (A202) di kampus induk, UUM. Kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 yang melibatkan dua kaedah analisis, iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar iaitu sebanyak 79% pelajar menyatakan tahap yang tinggi iaitu bersetuju bahawa penggunaan aplikasi UUMOL ketika proses pembelajaran bahasa asing amat sesuai digunakan, 18% pelajar menyatakan tahap yang sederhana iaitu kurang bersetuju penggunaan aplikasi UUMOL dan 3% pelajar menyatakan tahap yang rendah iaitu tidak bersetuju menggunakan pendekatan aplikasi UUMOL dalam proses pembelajaran bahasa asing. Hasil kajian juga mendapati faktor utama yang mempengaruhi pelajar menggunakan aplikasi UUMOL dalam pembelajaran bahasa asing adalah niat dan tingkah laku di mana skor min menunjukkan tahap yang tinggi iaitu 3.98, faktor fasiliti 3.92 dan diikuti oleh faktor pengaruh iaitu 3.86. Kajian diharap dapat menjadi panduan kepada tenaga pengajar di IPT bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN: UNIVERSITI
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 19 Nov 2024 05:42
Last Modified: 19 Nov 2024 05:42
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31598

Actions (login required)

View Item View Item