Wan Ishak, Wan Hussain and Mat Yamin, Fadhilah (2019) Tahap Literasi ICT Pelajar: Suatu Tinjauan. In: 2nd International Conference on Economy, Social and Technology (ICEST 2019), 23rd March 2019, Copthorne Hotel Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (256kB) | Request a copy |
Abstract
Pengetahuan mengenai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu pengetahuan yang paling penting di abad ini. Pengetahuan mengenai ICT akan memberi kelebihan dari aspek persaingan terutama sewaktu pelajar memohon untuk mendapatkan pekerjaan. Penguasaan pengetahuan mengenai ICT juga mencerminkan tahap kemahiran ICT yang dimiliki oleh seseorang pelajar. Sejajar dengan revolusi industri 4.0, pihak industri memerlukan pelajar yang berkemahiran tinggi bagi membolehkan mereka maju kehadapan seiring dengan pesaing mereka. Sehubungan itu, kajian ini telah dijalankan ke atas sekumpulan pelajar bagi mengukur tahap literasi ICT mereka. Hasil kajian menunjukkan tahap literasi pelajar agak tinggi terutama berkaitan dengan penggunaan perisian aplikasi. Walau bagaimanapun, aspek pengetahuan teknikal seperti memasang dan menggunakan peralatan ICT, tahap literasi pelajar adalah sederhana. Keseluruhannya, tahap literasi semasa pelajar adalah baik, walau bagaimanapun pelajar masih boleh meningkatkan tahap literasi mereka melalui latihan dan amalan ICT yang konsisten sepanjang pengajian mereka di universiti
| Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | ICT, Literasi ICT, Penggunaan ICT, Kemahiran ICT |
| Subjects: | T Technology > T Technology (General) |
| Divisions: | College of Business |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 24 Dec 2024 13:55 |
| Last Modified: | 24 Dec 2024 13:55 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31610 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
