mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Covid-19 dan PDPR Subjek Pendidikan Islam: Pelaksanaan dan Cabaran di Sekolah Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah (S/O 14792)

Haji Abd. Wahab, Rukaiyah and Ismail, Sharifah and Mohamad Cusairi, Rafidah (2021) Covid-19 dan PDPR Subjek Pendidikan Islam: Pelaksanaan dan Cabaran di Sekolah Agama Daerah Kubang Pasu, Kedah (S/O 14792). Project Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14792.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (27MB) | Request a copy

Abstract

COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada pelbagai sektor di seluruh dunia, termasuklah sektor pendidikan. Impak ini memberi kesan kepada para pendidik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR). PDPR harus dilaksanakan bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan walaupun dunia berdepandengan pandemik COVID-19. Oleh itu, satu kaji selidik telah dijalankan di mana persoalan dan objektif kajian adalah berkisarkan tentang pelaksanaan, cabaran dan langkah pemerkasaan PDPR. Kaji selidik telah dilakukan di lima buah sekolah agama di daerah Kubang Pasu yang melibatkan 77 orang guru. Hasil kajian mendapati\ bahawa guru telah melaksanakan PDPR walaupun mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan PDPR seperti kesukaran berinteraksi dengan murid, sukar mendapat perhatian daripada murid dan akses internet yang terhad. Dalam usaha untuk memperkasakan PDPR, para guru amatlah memerlukan sokongan dari pelbagai pihak termasuklah ibubapa, pelajar, sekolah, NGO yang bemaung, kerajaan negeri Kedah dan Malaysia. Oleh itu, dapatan kajian ini amatlah penting kepada pihak sekolah dan sektor Pendidikan Islam untuk mengkaji dan membuat penambahbaikan PDPR agar objektif pendidikan tercapai

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: GERAN: UNIVERSITI
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 19 Nov 2024 06:43
Last Modified: 19 Nov 2024 06:43
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31617

Actions (login required)

View Item View Item