mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembangunan Pelan Bersepadu Teknovasi Mekanisasi Industri Padi Negeri Kedah (S/O: 14584)

Mohd Nawi, Nur Syazwani and Yaacob, Noorulsadiqin Azbiya and Mustafar, Mastora Pembangunan Pelan Bersepadu Teknovasi Mekanisasi Industri Padi Negeri Kedah (S/O: 14584). Technical Report. UUM. (Submitted)

[thumbnail of 14584.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Teknovasi mekanisasi dalam pertanian dikatakan sebagai faktor penting yang dapat membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran tanaman masa kini. Namun begitu, penerimagunaannya dikatakan masih rendah disebabkan oleh pelbagai masalah yang wujud seperti faktor usia petani, faktor kewangan serta tenaga mahir. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap penerimagunaan tenovasi mekanisasi oloh golongan pesawah serta jenis teknovasi mekanisasi terkini yang digunakan. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi penerimagunaan serta cabaran yang wujud hasil daripada penggunaan teknovasi mekanisasi. Di akhir kajian, penyelidik membangunkan sebuah pelan bersepadu teknovasi mekanisasi yang diharapkan dapat membantu meningkatkan penerimagunaan teknovasi mekanisasi di kalangan pesawah. Kaedah kutipan data kajian adalah melalui temubual bersama pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) Negeri Kedah memandangkan kajian ini memfokuskan kepada sawah padi Negeri Kedah. Temubual secara atas talian telah dijalankan secara berperingkat. Daripada analisa yang dibuat, ianya telah menjawab kesemua objektif kajian. Pesawah telah mula menerimaguna teknovasi mekanisasi dan antara mesin terkini yang digunakan adalah teknologi dron, jentuai mini serta teknologi baler. Dapatan lain yang ditemui adalah tiga faktor utama yang menggalakkan penerimagunaan teknovasi mekanisasi adalah melalui faktor sosial, faktor kesihatan dan faktor perubahan teknologi. Manakala cabaran yang dihadapi adalah dari segi kos mesin yang mahal, sikap pesawah, kesukaran penyelenggaraan, latihan untuk pesawah, pemasaran mesin serta mengekalkan produktiviti. Pembangunan pelan bersepadu ini diharapkan dapat membantu meningkatkan penerimagunaan teknovasi mekanisasi dalam kalangan pesawah. Penglibatan generasi muda sebagai pelapis pesawah masa kini amat diperlukan bagi industri ini agar ianya terus berkembang maju

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: GERAN: PENJANAAN
Uncontrolled Keywords: Teknologi mekanisasi, Industri Padi, Kedah, Teknovasi, Mekanisasi
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Sarkina Mat Saad @ Shaari
Date Deposited: 10 Dec 2024 07:41
Last Modified: 10 Dec 2024 07:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31661

Actions (login required)

View Item View Item