mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian Perspektif di Kalangan Pemaju Perumahan Tentang System Binaan Banggunan Berindustri (IBS) di Negeri Kedah dan Perlis

Mohd Nawi, Mohd Nasrun and Zulhumadi, Faisal and Redzuan, Kamaruddin and Anuar, Herman Shah and Abdul Rahim, Mohd Kamarul Irwan (2008) Kajian Perspektif di Kalangan Pemaju Perumahan Tentang System Binaan Banggunan Berindustri (IBS) di Negeri Kedah dan Perlis. In: Proceeding of the National Seminar on Science, Technology & Social Science (STSS), 03-04 June, Kuantan Pahang.

[thumbnail of STSS2008_01-12.pdf] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (428kB) | Request a copy

Abstract

Sektor pembinaan berasaskan industri atau ’Industrialised Building System’ merupakan salah satu daripada inovasi di dalam teknologi pembinaan bangunan. Sistem ini diyakini dapat membantu di dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kualiti dan produktiviti binaan serta penggunaan buruh asing khasnya. Namun penerimaan oleh pihak yang terlibat terhadap sesuatu teknologi adalah merupakan suatu yang rumit terutamanya yang melibatkan teknologi baru. Justeru itu kajian ini akan mengupas sejauhmana kadar penggunaan teknologi ’Industrialised Building System,’ faktor-faktor yang menyebabkan halangan terhadap penggunaan teknologi ini serta kelebihan dan kekurangannya. Berdasarkan data-data tersebut suatu cadangan ke arah mempertingkatkan penggunaan sistem tersebut pada masa akan hadapan akan dibina. Justeru dalam kajian ini akan membincangkan hasil tinjauan yang dibuat di kalangan pemaju projek pembinaan perumahan sekitar negeri Kedah dan Perlis yang merangkumi tahap penggunaan dan penerimaan IBS, sumber rujukan dan maklumat tentang IBS, faktor-faktor halangan serta kekurangannya di samping pandangan pemaju berhubung potensi penggunaan IBS di masa hadapan. Di akhir kajian turut mencadangkan beberapa alternatif kearah pertingkatkan tahap penggunaan IBS khasnya di negeri Kedah dan Perlis

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Teknologi, Sistem Binaan Berindustri (IBS), Pemaju Perumahan & Industri Pembinaan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 07 Jan 2025 13:05
Last Modified: 07 Jan 2025 13:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31809

Actions (login required)

View Item View Item