mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian Keberkesanan Model Pengurus Komuniti dalam Meningkatkan Penglibatan Golongan Usahawan Mikro Kedah dalam Perniagaan Atas Talian (S/O 14670)

Mohd Yusof, Shahrul Azmi and Saad, Shafee and Jaafar, Abdul Rahman (2020) Kajian Keberkesanan Model Pengurus Komuniti dalam Meningkatkan Penglibatan Golongan Usahawan Mikro Kedah dalam Perniagaan Atas Talian (S/O 14670). Technical Report. UUM, Sintok. (Submitted)

[thumbnail of 14670- Technical Report.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) menyebabkan kebanyakan perniagaan daripada beroperasi secara normal. PKP mempunyai kesan yang lebih teruk pada perusahaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) berbanding syarikat besar dan global. Oleh itu, satu konsep perniagaan digital berkonsepkan pengurus komuniti dicadangkan bagi menyelesaikan masalah-masalah ini. Konsep perniagaan ini dinamakan E-bazaar komuniti. Konsep Pengurus Komuniti yang diperkenalkan untuk membantu mendigitalkan perniagaan peniaga di mana penguru komuniti bertanggungjawab ke atas segala pengurusan laman web peniaga dalam Qniti Bazaar, disamping menguruskan pemasaran melalui media social, menguruskan pesanan. Maklumbalas telah berjaya diperolehi daripada 52 peniaga dan 43 orang pengurus komuniti termasuk 20 peniaga IKS di daerah Kubang Pasu di bawah Persatuan Ekonomi Perniagaan Melayu Malaysia (PEPMA) sebagai sampel sasaran untuk aplikasi e-dagang Qniti Bazaar. Soal selidik ini dirancang dan dilaksanakan menggunakan Google Forms, WhatsApp dan borang yang dicetak. Maklumbalas diambil dan disusun setelah tinjauan dilaksanakan selama sepuluh hari. Soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian, kesan pandemik dan perlaksanaan PKP kepada peniaga IKS, kesediaan para peniaga dalam peralihan ke perniagaan e-dagang bersama pengurus komuniti, komisyen dan penetapan harga dalam aplikasi Qniti Bazar dan cadangan dan komen para peniaga untuk menambah baik aplikasi Qniti Bazaar. Secara keseluruhannya, hampir kesemua peniaga bersetuju dengan konsep pengurus komuniti dalam membantu mereka berniaga secara atas talian. Bagi pihak pelajar pula, peratusan setuju mereka kurang sedikit daripada peniaga. Ini berkemungkinan disebabkan perbezaan tahap minat dan penghayatan mereka dalam menjalankan perniagaan mereka sendiri. Segala maklumbalas, komen serta cadangan penambahbaikan akan dipertimbangkan dalam penambahbaikan sistem Qniti Bazaar ini. Kesimpulannya, konsep perniagaan komuniti menggunakan konsep pengurus komuniti boleh diterima baik terutamanya oleh para peniaga yang rata-rata menghadapi kesan negatif disebabkan situasi COVID-19 dan PKP

Item Type: Monograph (Technical Report)
Additional Information: Research Quantum Covid-19 Grant
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 03 Feb 2025 11:09
Last Modified: 03 Feb 2025 11:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31980

Actions (login required)

View Item View Item