Mohd Nawi, Mohd Nasrun and Yaacob, Noorulsadiqin Azbiya and Mustafar, Mastora (2021) Faktor dan Cabaran Penerimagunaan Teknovasi Mekanisasi di Kalangan Pesawah Padi Negeri Kedah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 6 (42). pp. 192-202. ISSN 0128-1755
|
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (254kB) | Request a copy |
Abstract
Teknovasi mekanisasi pertanian adalah komponen penting masa kini dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian serta dapat membantu meringankan beban kerja petani. Namun begitu, terdapat banyak faktor dan cabaran dalam proses penerimagunaan teknovasi mekanisasi. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti faktor dan cabaran yang dihadapi oleh pesawah padi. Fokus kajian tertumpu kepada pesawah padi di negeri Kedah. Kajian ini dijalankan secara temuramah atas talian bersama pihak MADA. Hasil kajian mendapati bahawa tiga faktor utama yang memepengaruhi penerimagunaan teknovasi mekanisasi iaitu perubahan teknologi, sosial dan kesihatan. Manakala terdapat enam cabaran yang telah dikenalpasti mempengaruhi penerimagunaan teknovasi mekanisasi iaitu sikap, kos, latihan, penyelenggaraan, produktiviti dan pemasaran. Daripada analisa yang dibuat ini, diharapkan dapat memberi input kepada pihak tertentu untuk mengatasi masalah yang dihadapi seterusnya menarik minat lebih ramai pesawah padi untuk menggunakan teknovasi mekanisasi
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Teknovasi Mekanisasi, Industri Padi, Negeri Kedah, Penerimagunaan Teknologi, Inovasi Pertanian URL |
| Subjects: | H Social Sciences > HC Economic History and Conditions |
| Divisions: | School of Technology Management & Logistics |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 04 Feb 2025 12:26 |
| Last Modified: | 04 Feb 2025 12:26 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/31988 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
