mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan Kadar Haddul Kifayah Baharu dalam Zakat Pendapatan di Negeri Kedah (S/O 14241)

Abd Muin, Mohd Adib and Shuib, Mohd Sollehudin and Che Omar, Azizah and Abd Ghani, Amirul Haqeem and Saidon, Ruhaida and Anuar, Herman Shah (2020) Kesan Kadar Haddul Kifayah Baharu dalam Zakat Pendapatan di Negeri Kedah (S/O 14241). Project Report. UUM, Sintok. (Submitted)

[thumbnail of 14241.pdf] PDF - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan haddul kifayah baharu dalam zakat pendapatan di negeri Kedah. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bertanggungjawab dalam menentukan nilai dan jenis haddul kifayah zakat terutamanya zakat pendapatan di negeri Kedah. Kaedah haddul kifayah dalam zakat pendapatan yang digunakan ketika ini adalah berdasarkan taksiran cukai pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Memandangkan keadaan ekonomi ketika ini begitu tinggi dengan pelbagai kos dan harga yang meningkat maka kajian terhadap kesan kadar haddul kifayah baharu dalam zakat pendapatan perlu dilakukan agar satu penelitian semula ini mampu menarik lebih ramai lagi pembayar zakat. Justeru, objektif kajian ini adalah melihat kesan haddul kifayah baharu dalam zakat pendapatan di negeri Kedah; meninjau nilai dan jenis item tolakan dalam haddul kifayah baharu zakat pendapatan dan seterusnya mencadangkan kepada LZNK agar kaddar haddul kifayah baharu dalam zakat pendapatan di negeri Kedah diberikan penambahbaikan berdasarkan keadaan ekonomi semasa. Kajian ini menggunakan proses temubual dan proses tinjauan. Proses temubual telah melibatkan 13 orang informan yang terdiri daripada empat (4) orang Pegawai Zakat di LZNK, empat (4) orang ahli akademik dalam bidang pengurusan dan perniagaan Islam dan lima (5) orang pembayar zakat pendapatan di negeri Kedah. Manakala proses tinjauan melibatkan 60 orang responden yang telah membayar zakat pendapatan di negeri Kedah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesan positif dan negatif yang akan terhasil apabila kadar haddul kifayah baharu dalam zakat pendapatan dilaksanakan. Oleh itu, perbincangan secara ilmiah akan dibincangkan dalam laporan ini

Item Type: Monograph (Project Report)
Additional Information: University Grant
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Research and Innovation Management Centre (RIMC)
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 09 Feb 2025 08:10
Last Modified: 09 Feb 2025 08:10
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32000

Actions (login required)

View Item View Item