Md Yusof, Syarifah and Md. Tahir, Raziah and Othman, Azizah (2020) Pelaksanaan Mekanisme Agihan Zakat dalam Kalangan Asnaf Fakir dan Miskin: Kajian di Kedah (S/O 14120). Project Report. UUM, Sintok. (Submitted)
|
PDF
- Submitted Version
Restricted to Registered users only Download (856kB) | Request a copy |
Abstract
Agihan zakat merupakan salah satu aspek penting dalam pengurusan zakat. Beberapa masalah dalam pengurusan agihan telah dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya keberkesanan agihan zakat kepada asnaf. Fakir dan miskin merupakan antara asnaf yang layak menerima zakat. Kajian ini mengkaji pelaksanaan mekanisme agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan mengenal pasti kesesuaiannya dengan asnaf. Kajian ini berbentuk fenomanologikal yang melibatkan pendekatan induktif dengan kaedah kualitatif dalam menggutip data secara temu bual mendalam. Protokol temu bual dibentuk berasaskan persoalan kajian dan tema awal yang dikenal pasti. Sumber data melibatkan temu bual dengan pegawai zakat bahagian agihan zakat LZNK dan asnaf fakir dan miskin yang menerima bantuan zakat daripada LZNK. Analisis transkrip temu bual dilakukan secara manual dan dianalisa menggunakan teknik general inductive method untuk kajian kualitatif. Kajian mendapati LZNK telah melaksanakan mekanisme agihan meliputi aspek promosi bantuan, penentuan bentuk bantuan, proses permohonan, pemilihan, penyerahan dan pemantauan. Namun, berdasarkan maklumat daripada asnaf, pelaksanaan mekanisme agihan tersebut boleh dipertingkatkan lagi. Beberapa cadangan telah diutarakan dalam kajian ini bagi meningkatkan keberkesanan mekanisme agihan zakat kepada asnaf fakir dan miskin.
| Item Type: | Monograph (Project Report) |
|---|---|
| Additional Information: | Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | Research and Innovation Management Centre (RIMC) |
| Depositing User: | Mdm. Rozana Zakaria |
| Date Deposited: | 17 Feb 2025 11:27 |
| Last Modified: | 17 Feb 2025 11:27 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32040 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
