mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Model Kesihatan Mental Remaja Luar Bandar di Malaysia

Mohd Nasir, Mohd Azrin and Mat Yusoff, Ainul Mardhiyah and Mohd Faudzi,, Farah Nadia and Mat Ali, Nor A’tikah and Ismail, Suzilah (2024) Model Kesihatan Mental Remaja Luar Bandar di Malaysia. Jurnal Pembangunan Sosial (JPS), 27. pp. 185-216. ISSN 1394-6528

[thumbnail of JPS 27 2024 185-216.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (2MB) | Preview

Abstract

Di Malaysia, remaja merupakan kelompok yang sering dikaitkan dengan isu kesihatan mental akibat kurang daya tindak dan terdedah dengan tekanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membina model khusus kepada kesihatan mental remaja, dan ianya berfokus kepada remaja luar bandar. Jika kita lihat, isu remaja di luar bandar menjadi satu agenda penting pembangunan negara kerana mereka sering dikaitkan dengan penglibatan dengan gejala-gejala negatif yang sering menjadi perhatian pihak kerajaan Malaysia. Kajian ini telah melibatkan 385 orang remaja luar bandar daripada Zon Utara Semenanjung Malaysia yang secara sukarela dan mereka telah dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan. Dalam kajian ini, empat alat ukur yang releven dengan isu kesihatan mental remaja telah digunakan iaitu, Skala Kesejahteraan Psikologi oleh Ryff dan Keyes (1995), Skala COPE oleh Carver (1997), Inventori Emosi Bar-On oleh Bar-On (1997) dan Skala Ketara Sedar oleh Brown dan Bryan (2003). Melalui item-item daripada alat ukur ini, pengkaji telah membentuk pelbagai dimensi model menggunakan keadah analisis faktor (exploratory factor analysis). Setelah itu, pengesahan dan kesepadanan data yang diperolehi diukur menggunakan confirmatory factor analysis (CFA) bagi membentuk satu model pengukuran. Berdasarkan analisis kajian, terdapat tujuh faktor yang terbentuk mewakili dimensi kesihatan mental remaja luar bandar iaitu (i) emosi, (ii) penyelesaian masalah (problem -solving), (iii) kesejahteraan intelektual (intellectual wellness), (iv) kerohanian (spirituality), (v) penglibatan sosial (social engagement), (vi) resiliensi dan (vii) tingkah laku (behavioral). Ketujuh-tujuh dimensi model yang terbina ini mewakili mekanisma remaja bertindak dalam menghadapi cabaran isu kesihatan mental. Elemen ini juga dipercayai mampu menjadi pemangkin kepada mengurangkan keterlibatan remaja luar bandar kepada risiko gangguan mental dalam menjalani kefungsian kehidupan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Remaja, kesihatan mental, luar bandar, analisis faktor
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 19 Feb 2025 11:56
Last Modified: 19 Feb 2025 11:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32082

Actions (login required)

View Item View Item