mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis Dialek Kelantan dan Simbol Budaya Masyarakat dalam Telefilem Ikan Singgang Cicah Budu (Analysis F Kelantan Dialect and Community Culture Symbol in the Telefilm Ikan Singgang Cicah Budu)

Che Ab Adzizi, Aselawati and Totong Johariii, Halimatus Saadiah (2024) Analisis Dialek Kelantan dan Simbol Budaya Masyarakat dalam Telefilem Ikan Singgang Cicah Budu (Analysis F Kelantan Dialect and Community Culture Symbol in the Telefilm Ikan Singgang Cicah Budu). Journal of Creative Industry & Sustainable Culture (JCISC), 3. pp. 114-135. ISSN 2976-2480

[thumbnail of JCISC 03 2024 114-135.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (963kB) | Preview

Abstract

Dialek merupakan bahasa daerah atau setempat yang digunakan di seluruh negara. Setiap negeri mempunya dialek yang tersendiri. Walaupun Masyarakat di Malaysia mempunyai kepelbagaian etnik dan terdiri daripada satu rumpun, namun adakala dielek yang digunakan tidak mampu difahami oleh semua golongan masyarakat di negara ini. Justeru, kajian ini meneliti simbologi budaya menerusi kaedah analisis semiotik dengan pendekatan Saussure (1916), (petanda dan tanda) dan membincangkan makna bunyi nasal dialek Kelantan menerusi telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu”. Penelitian terhadap perubahan bunyi nasal dalam dialek Kelantan (Barthes, 1972) (denotasi dan kontanasi) mengalami perubahan bunyi nasal [n] kepada [ƞ]. Kemudian ia juga turut meneliti perubahan pada bunyi nasal [n], [m], [ƞ] kepada bunyi vokal e taling [ě]. Sementara itu, ia juga melihat perbandingan sebutan perkataan yang mengandungi konsonan nasal dalam dialek Kelantan dengan sebutan perkataan dalam Bahasa Melayu moden. Justeru, pendekatan simbologi dan juga analisis tekstual terhadap telefilem “Ikan Singgang Cicah Budu” mengikut babak-babak yang terpilih. Ia dianalisis menerusi minit ke minit dalam setiap babak yang menggunakan dialek Kelantan yang menggunakan bunyi nasal tersebut. Dapatan menunjukkan terdapat 7 perubahan bunyi nasal [ n ] kepada [ ƞ ], dan 32 perubahan bunyi nasal [n], [m], [ƞ] kepada bunyi vokal e taling [ě]. Perubahan yang berlaku ini menunjukkan perbezaan kosa kata dalam dialek Kelantan dengan Bahasa Melayu Moden. Hal ini menunjukkan bahawa kosa kata asal Bahasa Melayu Moden yang diubah oleh masyarakat Kelantan hanya boleh difahami dalam kalangan mereka. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa dialek Kelantan memainkan peranan penting dalam variasi Bahasa Melayu walaupun ada bunyi nasal yang sukar difahami. Malah, ia menunjukkan kepelbagaian bahasa yang diukur menggunakan dialek iaitu isoglos dan menunjukkan keunikan Bahasa Melayu di Malaysia.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Analisis tekstual, bunyi nasal, dialek Kelantan, filem, simbologi budaya
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mdm. Rozana Zakaria
Date Deposited: 09 Mar 2025 02:35
Last Modified: 09 Mar 2025 02:35
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32113

Actions (login required)

View Item View Item