Abdullah, Syahrul Faizaz and Salim, Ssuna and Abdul Hamid, Solahuddin and Dahaman@Dahlan, Mohd Akram and Abdul Rahman, Mohd Nizho (2018) Pelaksanaan Kelas Pengajian Asas Fardhu Ain Kepada Muallaf di Kedah dan Cabarannya. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 3 (9). pp. 25-37. ISSN 0128-1755
Preview |
PDF
- Published Version
Download (256kB) | Preview |
Abstract
Tanggungjawab membimbing muallaf terletak di bahu semua Muslim sama ada di peringat individu, masyarakat dan Negara. Peranan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan mereka mengamalkan ajaran Islam yang sebenar dan terus kekal dalam Islam. Tanggungjawab ini secara rasmi dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam atau Jabatan Agama Islam Negeri dan dibantu oleh organisasi dakwah bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Kebajikan Saudara Muslim (PERKIM), Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA). Oleh itu artikel ini bertujuan untuk memberi gambaran menyeluruh tentang pelaksanaan program bimbingan muallaf di Negeri Kedah Darul Aman dan cabarannya. Kajian ini berbentuk kajian kes dengan menggunakan teknik pengumpulan data menggunakan kaedah interviu, pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara diskriptif. Hasil analisis mendapati institusi dan organisasi dakwah kerajaan dan bukan kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk melaksanakan program bimbingan kepada muallaf. Walau bagaimanapun terdapat beberapa isu berkaitan pelaksanaan program bimbingan berkaitan dengan kurangnya jalinan kerjasama antara organisasi, cabaran pengurusan organisasi yang kurang sistematik, kekurangan dana kewangan dan sumber manusia yang terlatih. Kajian ini mencadangkan perlunya ada satu jalinan kerjasama antara organisasi dan melatih pelapispelapis pendakwah bagi memastikan program bimbingan melalui kelas pengajian menjadi lebih berkesan dan dapat mengatasi isu-isu yang timbul
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Pelaksanaan, Kelas Fardhu Ain, Muallaf, Institusi dan Organisasi Dakwah, Negeri Kedah |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 01 Jun 2025 04:03 |
| Last Modified: | 01 Jun 2025 04:03 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32289 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
