Rofie, Mohamad Khadafi and Abdullah, Syahrina and Abdullah, Syahrul Faizaz (2024) Norma Baharu Perlaksanaan Ibadat Solat Ketika Pandemik Covid-19 dari Perspektif Maqasid Syariah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9 (61). pp. 13-21. ISSN 0128-1755
Preview |
PDF
- Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0). Download (263kB) | Preview |
Abstract
Pandemik Covid-19 memberi impak terhadap aktiviti keagamaan dan kerohanian umat Islam kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh pemerintah. Perlaksanaan syariat dan ibadat solat telah berubah ke arah normal baharu. Sifat Islam yang praktikal bagi setiap keadaan dapat diamalkan meskipun ketika PKP. Objektif kertas kerja ini membincangkan normal baharu dari aspek ibadah solat umat Islam ketika pandemik Covid�19. Pada peringkat awal perlaksanaan PKP, masyarakat Islam berada dalam kekeliruan dalam melaksanakan ibadah solat di masjid. Maka satu penelitian perlu dilakukan untuk menerangkan kaedah yang sesuai perlaksanaan ibadah solat berdasarkan Maqasid Syariah. Kajian ini telah menggunakan metod kualitatif analisis kandungan (content analysis) yang menggunakan kaedah intrepretasi teks bagi menjawab objektif kajian. Hasil dapatan mendapati berdasarkan fatwa pihak berautoriti, ibadat solat tidak boleh dilaksanakan di masjid, surau dan sebagainya ketika PKP namun perlu dilaksanakan di rumah. Hal ini mendekatkan masyarakat Islam untuk memahami maqasid serta kaedah syarak seperti qawaid fiqhiah atau prinsip umum fiqh dan faktor pewartaan fatwa yang mengutamakan maslahat kesihatan serta tegas menjauhkan sebarang mudarat terhadap umat sejagat. Justeru, andai kata musibah lain muncul pada masa depan, masyarakat sudah memahami jalan penyelesaian ditentukan Islam
| Item Type: | Article |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Norma Baharu, Ibadat Solat, Pandemik Covid-19, Maqasid Syariah |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
| Divisions: | School of Language, Civilisation and Philosophy |
| Depositing User: | Mr. Izhar Hj. Hashim |
| Date Deposited: | 02 Jul 2025 11:23 |
| Last Modified: | 02 Jul 2025 11:23 |
| URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32338 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
