mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ke arah Model Agihan Zakat Terhadap Mangsa Bencana di Negeri Kedah Berdasarkan Jenis Bencana dan Bantuan

Dahaman, Mohd Akram and Rofie, Mohamad Khadafi and Abdul Hamid, Solahuddin and Mahmad, Muhamad Amar (2023) Ke arah Model Agihan Zakat Terhadap Mangsa Bencana di Negeri Kedah Berdasarkan Jenis Bencana dan Bantuan. Jamalullail Journal, 2 (2). pp. 34-47. ISSN 2948393X

[thumbnail of JJ 02 02 2023 34-47.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (510kB) | Preview

Abstract

Mutakhir ini Malaysia telah berdepan dengan peningkatan jenis bencana melibatkan banjir, ribut, kebakaran dan juga pandemik virus yang menjejaskan kehidupan masyarakat serta kesihatan awam. Berdasarkan laporan yang di buatoleh pihak berkuasa zakat di negeri Kedah iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), agihan zakat kepada mangsa bencana di negeri Kedah diambil peruntukan daripada asnaf fakir dan miskin sahaja. Perkara ini perlu diteliti dengan lebih mendalam berdasarkan perbincangan ulama berkenaan beberapa asnaf lain seperti al-Gharimun, Ibn al-Sabil dan MuallafahQulubuhum bagi mendapat satu bentuk penanda arasan dalam menjana inisiatif baharu bagi skim-skim bantuan kepada mangsa bencana yang lebih komprehensif. Dapatan awal ini telah berjaya mengemukakan jenis bencana yang berlaku di Malaysia dan di negeri Kedah.Dapatan juga telah menunjukkan bentuk bantuan yang telah diberikan pihak berkaitan kepada mangsa bencana seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), LZNK dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) di negeri Kedah. Dapatan juga telah menunjukkan keperluan LZNK untuk membentuk satu model agihan zakat terhadap mangsa bencana melibatkan asnaf lain seperti al-Gharimun, Ibn al-Sabil dan MuallafahQulubuhum di samping asnaf fakir dan miskin. Perkara ini akan menatijahkan keberhasilan yang baik kepada LZNK dalam meletakkan prestasi agihan kutipan zakat yang menyeluruh dan berfokus

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Model Agihan Zakat, bencana, Asnaf zakat, Lembaga Zakat Negeri Kedah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 07 Jul 2025 16:03
Last Modified: 07 Jul 2025 16:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32344

Actions (login required)

View Item View Item