mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Asnaf Care: Satu Strategi Dana Tambahan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ketika Pandemik Covid 19

Rofie, Mohamad Khadafi and Abdul Aziz, Norazita Marina and Abdullah, Syahrina (2022) Asnaf Care: Satu Strategi Dana Tambahan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ketika Pandemik Covid 19. Sains Insani, 7 (2). pp. 45-55. ISSN 01277871

[thumbnail of SI 07 02 2022 45-55.pdf]
Preview
PDF - Published Version
Download (288kB) | Preview
Official URL: https://sainsinsani.usim

Abstract

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah memainkan peranan yang efektif dan efisien dalam memberikan bantuan kepada asnaf terutama ketika pandemik COVID 19. Asnaf Care merupakan satu strategi yang digunakan oleh pihak LZNK untuk mengumpul dan mengagihkan sumbangan kepada golongan yang memerlukan. Apabila COVID 19 melanda negara, maka berlaku penambahan dari aspek bantuan tetapi kutipan berada pada kedudukan yang masih berkurangan. Maka, pihak LZNK telah mengambil inisiatif mewujudkan tabung Asnaf Care untuk membantu asnaf ketika COVID 19. Objektif kertas kerja ini untuk melihat sejauh mana dana Asnaf Care memainkan peranan dalam mengumpul dana dan mengagihkan kepada golongan asnaf di negeri Kedah. Bagi mendapatkan data daripada kajian ini, kaedah temu bual dengan pihak LZNK telah dilaksanakan. Temu bual ini dijalankan kepada dua orang pegawai LZNK yang mengurus tabung Asnaf Care ini. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pihak LZNK telah berjaya mengutip dana tambahan dan dapat menyalurkan bantuan tambahan kepada golongan asnaf dan ahli masyarakat yang memerlukan ketika pandemik COVID 19. LZNK telah menggunakan strategi kutipan dana secara atas talian kepada golongan asnaf. LZNK telah menggunakan strategi kutipan dana kepada masyarakat awam secara atas talian untuk memberi kemudahan dalam menyampaikan bantuan kepada asnaf Justeru strategi yang diguna pakai oleh pihak LZNK dalam membantu golongan yang memerlukan ini berpotensi untuk diketengahkan kepada mana-mana institusi yang menjalankan aktiviti bantuan kepada ahli masyarakat yang memerlukan

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Asnaf Care, Bantuan, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Pandemik COVID 19
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mr. Izhar Hj. Hashim
Date Deposited: 24 Jul 2025 13:50
Last Modified: 24 Jul 2025 13:50
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/32362

Actions (login required)

View Item View Item